Friday, February 25

i'm a wife...

Alhamdulillah, now I'm a wife for Kapt. Mohd Iqbal Bin Mohd Zainuddin.

dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isterinya.. Woahooo.. sangat bahagia.. sangat teruja.. sangat terharu.. macam2 rasa.. Usai tok kadi mengaminkan doa, hujan turun.. aduhhh.. syahdu.. Ya Allah berkatilah ikatan suci kami ini.

Ya Allah,
Limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah,
Cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Istri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Amin Allahumma Amiin……



Friday, February 11

mrs to be


First step, merisik & bertunang.. DONE..
( majlis serentak )

Second step, akad nikah..

Third, majlis persandingan..


Aktiviti naik pelamin bunyi macam sangat fun sekali. hurayyy. Jadi raja sehari.. Tak sabar.. Haha.. kedengaran betapa tak sabarnya untuk melalui ceremony tersebut.. Excited sangat2 rsanya.. walaupon persiapan yang dibuat kadangkala sampai rasa nak putuskan urat nyawa.. sebenarnya, preparation tuk kawen ni penatlah.. SANGAT memenatkan.. sakit kepala.. tapi aku redha.. bila difikirkan balik, bukan selalu pon wat keje2 camni.. bukan sebulan sekali, bukan setahun sekali cam nak sambut raye.. tapi seumur hidup sekali.. agree?? I'ALLAH hanya sekali...

dari A to Z, sume kena settlekan sebelum majlis.. woahoooo...
P.E.N.A.T