Friday, May 7

novel R.A.D.H.A - relevankah aku di hatimu


jatuh cinta pada carl duke adam.. huhu.. terpengaruh dengan novel ni, sampai sekarang menggunakan nama carl duke tuk ncik tunang.. hihi..

Relevenkah Aku di Hatimu?
a.k.a RADHA
Rnysa
Terbitan Jemari Seni Publishing
RM20.00
495 muka surat



Kisah ni tentang 3 sahabat Ammar-Syah-Kaduk. Masa sekolah syah menyimpan perasaan pada Ammar dan Kaduk adalah sahabat baiknya yg sudah punya buah hati bernama Ain. Meningkat usia mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara, Ammr & Kaduk ke UK manakala Syah di Jepun. Masa berjauh syah semakin intim dengan Kaduk dan masing2 mula menyedari perubahan perasaan masing2. Pertemuan semula setelah hampir 3 tahun tak bertentang mata membuahkan kebahagiaan. Tapi tragedi meragut kegembiraan itu. Kaduk cedera parah dan mengalami masalah ingatan. Tak lama utk Kaduk mengenang semula Syah yang mendapat tempat di hatinya. Pada mulanya ibu kaduk kurang suka pada Syah kerana di matanya Wawa lebih sempurna buat Kaduk. Tapi masa merubah segalanya. Kaduk makin memahami hatinya dan nekad akan menjadi bakal suami dan bapa terbaik buat orang yg paling disayangi.

secara keseluruhannya.. cerita yang menarik.. sangat teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya kalo dah start baca..

sinopsis belakang novel

Allah telah mengurniakan aku seorang sahabat yang baik umpama kejora yang bersinar cerlang di celah-celah ribuan bintang di dada langit.

Nurul Akasyah, dalam ribuan insan yang ditemui, gadis itu cukup memahami. Kala-kala aku luka, lalu dia jadi perawat yang menyembuhkannya. Dan, kala-kala aku gembira, dia menyimbahkan ketenagnannya.

Syah:
gadis unik yang terperangkap dalam dunia angan-angannya.

Kaduk:
'si rambut perang' yang budiman bekas ketua pelajar yang terbilang.

Mar Iskandar:
lelaki warak penambat hati sukar didekati.

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!

Salah diakah... kerana mengambil berat? Atau salah akukah... kerana dalam diam menyimpan harap?

2 comments:

~~Sue eLLa~~ said...

salam kak..saya nak tanya..novel niy saya suka sangat2...akak dealer ker nak jual...niy time saya darjah2 lagik ...saya baca dari internet...tu bila terigt balik..rasa nak beli novel nyaa...best sgt cerita nya kan..

rianafatiha said...

w'salam.. akak bukan dealer dik.. akak giler novel jek.. heee...
akak pun suka cite ni..