Sunday, August 8

novel jaja & din





Pada hari ahad yang besh ini, saya ingin meng-review satu novel yang ade dalam mini library saya..



Jaja & Din
Penulis: Noor Suraya
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675118272
Senenanjung: RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
482 mukasurat

Antara novel yg dinobatkan sebagai cerita terbest yang penah saya baca.. tengok pada tajuk cam tak menarik... jaja & din..??? huh, tapi tu la.. jangan mengadili buku daripada kulitnya.. but judge a book until you read it to the last sentence.. erm, Memang patut pun!

saya suka cakap cite ni cite cinta ustaz.. hihi.. Hmm..

Di awal cerita kisah ini saya rasakan agak lambat, penuh dengan 'teaser'.. penat gak la nak baca celoteh si penulis ni.. tapi tu la.. cara penyampaian yang berbeza dari biasa.. huhu..

watak utama si jaja yang brutal.. nakal.. memang sangat terserlah kenakalan Jaja yang bersahaja... love at the first sight orang kata.. camtu la yang jadi kat jaja.. dia terjatuh cinta pada sekeping gambar iklan.. agak lama juga dia mencari tuan punye diri dalam iklan tersebut ( ustaz din ).. tapi jaja tak putus asa.. ishk.. bila dah jmpa, dia sanggup meminta ibabapanya meminang ustaz tu..

part paling lawok.. tersengih je baca.. time dia mintak parent pinangkn din.. siap dengan pantun2.. haha..

Tanam pinang rapat-rapat
biar mudah puyuh berlari
kalau kupinang pinang tak dapat
kupujuk pujuk ku bawak lari.
(Jaja nak bawak lari Din gi kawin kat Siam)

yang bagusnya, jaja cam dh tekad.. din tu adalah jodoh dia.. sanggup hadapi risiko.. dahla si jaja ni anak perempuan org kaya.. nak meminang ustaz sekolah agama.. lagi sanggup mahu hidup secara sangat sangat sederhana dan redha bila si suami pergi berjuang fi-sabilillah hingga ke Afghanistan demi kerana ALLAH?

part yang tersentuh hati bila ustaz din, si suami menasihati isteri dengan kata2 yang berlapik.. mengajar, membetulkan kesalahan serta cara dia memuji isteri.. alahai.. bestnya..

masuk ending, saya rasa keseluruhan cerita menjadi indah dan menarik walaupun mata mula bergenang.. tersentuh gak la.. mujur tak bercucuran saje.. huhu...

aduhhh.. masa baca novel ni terfikir gak.. realiti ade tak kes camni.. huhu.. pandai tul NOOR SURAYA bercerita..

secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan hasil tulisan NOOR SURAYA.. sangat2 best..

=> sinopsis belakang novel =>

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dgn lelaki yg membuat jantung anda berlari setara dgn kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tidak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

A. katakan: lupakan sahaja, itu hanya logamaya
B. rahsiakan perasaan anda dlm diari merah jambu
C. kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
D. segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar.

Jaja telah memilik jawapan C

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dgn segala 'peraturan hati' yg selama ini aku junjung!

Implikasinya:
"Alahai anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!"
"Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?"

Inilah cerita Jaja yg meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sbg suami. Tegarkah Jaja seorg media planner memilih hidup ala-ala 'zuhud' macam Din nanti?


rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana sini tanpa perlu berhenti di mana-mana 'lampu isyarat'...

1 comment:

rose radzi said...

xsangka ade jugak org suke baca novel ni..sy pn suke :)