Monday, August 16

jangan berharap dia begitu sempurna..

baru-baru ni saya terima e-mail dari sorang member.. erm, hati rasa tersentuh dengan "surat maya" tu..



Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang.
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU
. MENGASIHIMU.
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.
Kamu juga yang akan MENYESAL.

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada ( hakikat ) benda itu:

"Jadilah engkau...!" Maka ia terus menjadi...
Jangan terlalu Mencari kesempurnaan


Thursday, August 12

conversation...


di suatu pagi ketika dalam kelas menanti waktu rehat tamat..

````````````````

student 1:
teacher, i'snt correct u mau tranfer??



tecer :
yup, maybe.. why??



student 2 :
don't la techer.. u sudah baik2 di sini.. we dont like dat tecer la.. ( expresion muka yang x agak2.. menunjukkan betapa tak sukanya kpd ckgu tersebut
)


student 3 terus menyampuk :
ya lorr tecer.. i dont like her.. she's very garang lorr... sikit2 mau kasi itu dimerit point.. u baik..



hati mula berbunga.. kah kah kah.. budak2 mula memuji dan terus memuji.. berbakul bakul, bertimbun timbun.. aiseh, cne nak bawak balik pujian ni pi masuk staff room.. akeke.. cam hampes aje bunyi nye... mari terus ikuti conversation tersebut....


tecer :
ok, if i get married, of cos i'll follow my husband ma.. takkan la i stay here, he stay johor?? ayokkk.. u'all xde kesian sama saya ka??



student 1 :
aiseh tecer.. u kawen la next year.. after aku habis spm..
( guna kata ganti nama aku sebab dis boy mmg agak jahanam bahasa melayu dia.. tak reti nak guna ganti nama dengan baik... huh.. )


belum sempat serangan balas, student 2 balik menyampuk :
tecer, saya see u punya lo khong punya gambar dalam facebook.. wa.. banyak leng lorrr.. saya mau pikat dia lorr.. u dont kawen with him la.. saya mau..
( ncik tunang, dia telah memuji anda kali ini.. saya tatau mata dia ada masalah atau apa.. tapi dia bersungguh2 mau pikat awak wahai ncik tunang.. )


tecer :
erk, u mau pikat my future lo khong??? hihi..
( saya tersenyum mendengar lawak jenaka student ini.. )


student 2 :
i mau ajak dia dating.. makan2..


tecer:
he always busy..


student 2:
busy meh?? so, u takde keluar makan2?? cinema??


tecer:
no..
( eyh soalan kaji selidik apakah bebudak ini... bila masuk part ni yang malas yg jawab nih.. ala.....)



student 2 :
ya meh?? manyak kedekut la u punya boyfriend.. why u mau kawen sama itu kedekut punya orang??


tecer :
dia tak kedekut.. dia sangat baik.. sangat sangat baik.. ( mula tersenyum di situ )


mujur loceng berbunyi.. kalau tak, mesti sesi soal jawab diteruskan.. aduhh.. kengkadang tu yang malas melayan dorang.. sekali layan, macam2 hal mau tnya.. tnya itu tnya ini.. ishk2..


Monday, August 9

ingin berkongsi entry berkaitan cincin.. email diterima dari sorang teman...

Mengapa Cincin Pernikahan Harus Ditaruh di Jari Manis??


Ikuti langkah berikut ini, Allah benar2 membuat keajaiban ( ini berasal dari kutipan Cina )

Pertama
tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam
Kedua
Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.
Ketiga
Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan...
Keempat
Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
Kelima
Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
Keenam
Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
Ketujuh
Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita mearuh cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.



“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna.

Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan suami/isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai."


Sunday, August 8

novel jaja & din





Pada hari ahad yang besh ini, saya ingin meng-review satu novel yang ade dalam mini library saya..



Jaja & Din
Penulis: Noor Suraya
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675118272
Senenanjung: RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
482 mukasurat

Antara novel yg dinobatkan sebagai cerita terbest yang penah saya baca.. tengok pada tajuk cam tak menarik... jaja & din..??? huh, tapi tu la.. jangan mengadili buku daripada kulitnya.. but judge a book until you read it to the last sentence.. erm, Memang patut pun!

saya suka cakap cite ni cite cinta ustaz.. hihi.. Hmm..

Di awal cerita kisah ini saya rasakan agak lambat, penuh dengan 'teaser'.. penat gak la nak baca celoteh si penulis ni.. tapi tu la.. cara penyampaian yang berbeza dari biasa.. huhu..

watak utama si jaja yang brutal.. nakal.. memang sangat terserlah kenakalan Jaja yang bersahaja... love at the first sight orang kata.. camtu la yang jadi kat jaja.. dia terjatuh cinta pada sekeping gambar iklan.. agak lama juga dia mencari tuan punye diri dalam iklan tersebut ( ustaz din ).. tapi jaja tak putus asa.. ishk.. bila dah jmpa, dia sanggup meminta ibabapanya meminang ustaz tu..

part paling lawok.. tersengih je baca.. time dia mintak parent pinangkn din.. siap dengan pantun2.. haha..

Tanam pinang rapat-rapat
biar mudah puyuh berlari
kalau kupinang pinang tak dapat
kupujuk pujuk ku bawak lari.
(Jaja nak bawak lari Din gi kawin kat Siam)

yang bagusnya, jaja cam dh tekad.. din tu adalah jodoh dia.. sanggup hadapi risiko.. dahla si jaja ni anak perempuan org kaya.. nak meminang ustaz sekolah agama.. lagi sanggup mahu hidup secara sangat sangat sederhana dan redha bila si suami pergi berjuang fi-sabilillah hingga ke Afghanistan demi kerana ALLAH?

part yang tersentuh hati bila ustaz din, si suami menasihati isteri dengan kata2 yang berlapik.. mengajar, membetulkan kesalahan serta cara dia memuji isteri.. alahai.. bestnya..

masuk ending, saya rasa keseluruhan cerita menjadi indah dan menarik walaupun mata mula bergenang.. tersentuh gak la.. mujur tak bercucuran saje.. huhu...

aduhhh.. masa baca novel ni terfikir gak.. realiti ade tak kes camni.. huhu.. pandai tul NOOR SURAYA bercerita..

secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan hasil tulisan NOOR SURAYA.. sangat2 best..

=> sinopsis belakang novel =>

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dgn lelaki yg membuat jantung anda berlari setara dgn kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tidak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

A. katakan: lupakan sahaja, itu hanya logamaya
B. rahsiakan perasaan anda dlm diari merah jambu
C. kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
D. segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar.

Jaja telah memilik jawapan C

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dgn segala 'peraturan hati' yg selama ini aku junjung!

Implikasinya:
"Alahai anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!"
"Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?"

Inilah cerita Jaja yg meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sbg suami. Tegarkah Jaja seorg media planner memilih hidup ala-ala 'zuhud' macam Din nanti?


rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana sini tanpa perlu berhenti di mana-mana 'lampu isyarat'...

Saturday, August 7

dia sibuk...

alhamdulillah... hari ni genap 3 bulan saya memegang gelaran tunangan orang.. wah2 bunyi cam sedang sangat berbahagia ye.. hihi..

membuat satu pilihan dalam pilihan-pilihan yang ada mmg agak sukar... kan kan..?? erm, tapi alhamdulillah, saya bersyukur dgn apa yang miliki sekarang ni dan sangat2 berharap agar pilihan saya tu tepat..

dalam mencari pasangan, perasaan cinta hadir tanpa dirancang cinta, dicintai, menyintai.. ada yang bermula dengan kawan menjadi kekasih malah ada yang bermula dengan rasa benci tetapi didorong dengan rasa sayang.. haha.. rasa cam bukak cite sendiri lak.. kih kih.. memang seronok bercinta kan.. rasa indah.. rasa disayangi.. rasa dihargai.. rasa berteman..

tapi apa yang saya ingin kongsikan pada entry kali ni berkaitan dengan percintaan jarak jauh.. ada yang kata, jarak yang memisahkan bukan penghalang... jauh dimata dekat dihati... setiap saat terkenang-kenang...

segelintir orang berpendapat, hubungan jarak jauh banyak cabaran ... dalam tempoh berpisah ( dalam jarak la) pasangan akan diuji dengan macam-macam dugaan.. tambah pulak dalam tempoh pertunangan camni.. jauh.. beratus-ratus kilometer.. lain negeri.. kadang-kadang tahap kejujuran dan kepercayaan mula dipersoalkan.. memang.. memang tidak dinafikan.. perasaan asing itu akan wujud...

tapi apa boleh buat.. keadaan masih tidak membenarkan untuk kita berjumpa selalu.. ahhh.. kadang-kadang rasa cam nazak sebab rindu... rasa rindu memang rasa sakit sangat... tambah kalau pasangan kita sibuk... tak dapat luangkan masa cam selalu... kena tinggal camtu aje.. sejam dua jam tiga jam rasanya takde masalah kalo dia x contact.. tul x?? ni kalo dah smpai sehari, dua hari, tiga hari dan berhari-hari tanpa kabar berita... apa kes... aduhhhhh... sadis aje bunyi nya.. tapi itulah kenyataan..

kawan-kawan.. apa yang penting kat sini ialah kepercayaan.. kesetiaan.. kejujuran dengan pasangan.. masing-masing akan diuji dengan pelbagai jenis ujian yang berbaza.. sabar.. tabah lah mengharungi hidup ini.. ujian ini adalah sekecil-kecil ujian daripada ujian-ujian ALLAH SWT.. sabarlah...

ada yang bagi nasihat... bykkan berzikir mengingati ALLAH.. bykkan berdoa senjata paling bahaya org mukmin... sedih, kecewa itu lumrah manusia yg tak dapat lari darinya... itu ujian batin dari yg maha esa... bila kita kecewa kita sering ingat padanya...

cik linda, sila ubah sikap n mentality anda... TRUST UR SELF, TRUST HIM... ya ALLAH, tolong kami...

"dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah"

(adz Dzariyaat 49)

haha.. sebenarnya saya tengah memujuk diri sendiri.. saya sangat sayang ncik tunang saya.. saya rindu dia..




emosi terganggu...


hidup mesti mau sabar.. ye saya tau.. saya sedang bersabar.. sgt2 bersabar.. dan saya akan terus sabar.. sabar, sabar sabar dan sabar lagi.. ok cukup sampai sabar di situ..
al-kisah, bermula la cerita di pagi sabtu yang syahdu..

hari ganti sekolah.. keluar dari rumah dengan niat yg tulus, suci murni bak minyak masak... pagi2 msa pas perhimpunan, de sorg ckgu tlh mengeluarkan nada suara yang agak tinggii.. ops, pembetulan di sini.. bukan yang agak tinggi tapi mmg tinggi apabila bercakap dengan saya.. yang pasti saya tidak pekak.. ya mmg saya dilahirkan normal.. tapi apsal n
ada suara dia begitu tinggi.. tambah dengan mimik muka yang sangat menggarangkan sambil berkata2 serta menunjukkan jari telunjuk pada saya.. mujurr air liurnya tidak tersimbah keluar.. sangat2 mujur di situ..

erm, rupa-rupanya semasa kejadian, ada mata-mata laen yang memandang.. mereka pon bersimpati apa yang berlaku.. dan satu perkara yang saya baru tahu, saya bukan mangsa pertama 'org' itu.. sudah berkali-kali dia buat perkara yang sama dengan org lain..

yang pasti, dia telah menghancurkan mood saya yang tersanga
t baek pada pagi tadi.. dia telah melenyapkan senyuman manis saya untuk hari ini..



mereka kata saya cool.. ya mmg saya cuba meng-cool-kan diri.. cuba fikir kalo tune suara saya sama naik dengan suara dia.. alahai.. benda kecik aje.. saje je nk menyemakkan kepala otak dia.. adusss.. xleh ke ckp slow2..

apa yang saya ingin kongsikan di sini, silalah jaga nada suara anda.. untuk menyatakan sesuatu, bertanya, nada suara tidak sama dengan suara untuk bertelagah..

Friday, August 6

kembali lagi..

saya ingin kembali melakukan hobi seperti dulu.. izinkan. saya...