Monday, March 1

wanita bijak, tuah lelaki...


salam..

alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni saya berpeluang tuk terus menulis dan berkongsi idea.. hihik.. cam best lak hari-hari dapat online, dapat men-tengok blog kesayangan ni..

balik dari sekolah tadi saya sempat membelek surat habaq.. ada satu column yang menarik minat saya.. column yang diberi nama nurani lelaki.. berkaitan dengan wanita bijak tuah lelaki..

beberapa minggu lepas, heboh memperkatakan tentang isu wanita menguasai sektor awam..
alhamdulillah, sebagai seorang hawa, saya berbangga dengan pencapaian kaum kami.. yeah...!!! great...!!

kita patut bersyukur kerana masa kini, ramai wanita yang memasuki menara gading.. hasilnya, tidak hairanlah kaum ibu menguasai sektor awam.. erm, tak hairan.. tak hairan..

Dalam tulisan artikel tersebut ada menyatakan bahawa,
" bertuahlah lelaki apabila disekelilingnya terdapat ramai wanita yang pintar dan rajin"
wah2.. bangga betoi bile saya membacanya.. hihik..

lagi,
wanita pintar adalah tuah kepada lelaki.. Mengapa? jika lelaki mahukan anak yang cerdas, carilah isteri yang pintar kerana terbukti kepintaran anak diperturunkan oleh ibunya. bukan bapanya..
menurut pakar genetik, asas pembentukan kepintaran seseorang bergantung kepada tiga perkara iaitu stimulasi, pemakanan berkhasiat dan keturunan. Yang jelas, genetik ibu lebih banyak berperanan terhadap kecerdasan anak..
erk, part sini saya taknak komen apa2 sebab kat artikel tersebut tidak memberikan sebarang bukti.. kalau betul, mari2 siapa mahu saya yang cergas, cerdas dan bertenaga ini.. hahaha...

apa yang saya ingin kongsikan kali ini alih2 ada kaitan dengan pasangan pilihan.. erk, isunya .. kembali kepada soal perkahwinan la... aiseh, kenapa la asyik bercerita pasal topik ni aje.. huhu..

lelaki pintar pastinya akan mencari isteri yang bijak.. bijak pada zaman la ni tentu sekali diukur dengan sekurang-kurangnya dengan segulung ijazah.. seperti mana yang diperkatakan dalam artikel tersebut, kalau mencari isteri, carilah yang pintar kerana ia boleh menentukan nasib generasi pewaris..
justeru, wanita berijazah dan berkerjaya tidak sepatutnya sukar mendapatkan jodoh. Kecualilah kalau mereka sendiri yang terlalu memilih dan sengaja membiarkan emosi serta ego menguasai diri..

erm, sejauhmana kebenarannya bergantung kepada individu.. untuk cerdas, pintar, berkerjaya segala-galanya perlu berusaha.. ada mak pintar, ayah bijak sekali pun kalau dah anak maleh nak mampus, tak guna jugak.. ye tak..

fikir-fikirkanlah...