Sunday, February 28

bila marah menguasai diri..

Salam..
entri kali ini adalah rentetan dari entri sebelumnya..

Apabila kita diperlakukan dengan sesuatu tindakan yang tidak wajar, pastinya kita akan berasa sakit hati.. sakit hati, marah.. Marah datang dari perasaan atau emosi. Bila kita marah emosi telah menguasai pemikiran kita sehingga aspek pemikiran dan psikomotor tidak dapat dikawal lagi.

Pada masa tu secara automatik, tindakan kita akan akur kepada arahan emosi. Pada kebiasaannya, bila tengah marah, muka kita jadi merah. Ini kerana darah telah naik ke muka. Lagi, mata dibeliakkan, bibir diketap atau mulut ternganga dan suara meninggi. Biasanya, perempuan kalau marah atau tidak puas hati akan sesuatu, pasti akan merajuk.. adakalanya sekejap.. kadang2 sehari.. kadang2 seminggu.. hihik.. nasib lah..

Apabila marah sudah sampai ke tahap melampau, kaki dan tangan kita juga turut bertindak secara spontan dan agresif seperti menendang atau menyepak, menghempas barang-barang sehingga kita boleh bertindak seperti orang tidak siuman. Maki hamun dan sumpah seranah memang perkara biasa dilakukan oleh mereka yang marah secara melampau ! uish, yang ni tolonglah diELAKKAN.. ganas tuuuu...

Tetapi sesungguhnya, ketika kita tengah marahkan sesuatu, pastinya SYAITAN adalah makhluk yang paling berbahagia sekali.. si SYAITAN yang dilaknat Allah akan bersorak gembira sekiranya manusia bersengketa sesama mereka..

Justeru.. apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari berperasaan sedemikian.. berusahalah jauhkan diri dari sifat marah yang tidak tentu hala..

terdapat beberapa tips untuk mengatasi perasaan marah:
* Ketika perasaan marah sudah menguasai diri, cubalah bawa tersenyum
kerana dengan cara itu emosi kita akan menjadi tenteram.. yang ini saya tak pasti.. hihik.. Tentu susahkan kalau tengah marah nak senyum.. tapi tidak mustahil kita mampu melakukannya jika dicuba..
* Bawa beristighafar atau mengucap berulang kali.
* Baca mana-mana ayat al-Quran yang kita tahu terutama
surah an-Nas
* Ambil wuduk (jika mampu)
* Solat sunat (jika perlu)

Untuk menenangkan hati, maafkanlah kesalahan orang lain.. mungkin dengan cara ini, perasaan marah akan berkurang..

seperti mana dalam surah AN-NUR ayat 22 menyatakan :

" Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema'afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "

renung-renungkan dan selamat beramal

p/s : lnda maafkan kesalahan awak.. tapi tolong janji dengan lnda ye..

No comments: