Sunday, February 28

bila marah menguasai diri..

Salam..
entri kali ini adalah rentetan dari entri sebelumnya..

Apabila kita diperlakukan dengan sesuatu tindakan yang tidak wajar, pastinya kita akan berasa sakit hati.. sakit hati, marah.. Marah datang dari perasaan atau emosi. Bila kita marah emosi telah menguasai pemikiran kita sehingga aspek pemikiran dan psikomotor tidak dapat dikawal lagi.

Pada masa tu secara automatik, tindakan kita akan akur kepada arahan emosi. Pada kebiasaannya, bila tengah marah, muka kita jadi merah. Ini kerana darah telah naik ke muka. Lagi, mata dibeliakkan, bibir diketap atau mulut ternganga dan suara meninggi. Biasanya, perempuan kalau marah atau tidak puas hati akan sesuatu, pasti akan merajuk.. adakalanya sekejap.. kadang2 sehari.. kadang2 seminggu.. hihik.. nasib lah..

Apabila marah sudah sampai ke tahap melampau, kaki dan tangan kita juga turut bertindak secara spontan dan agresif seperti menendang atau menyepak, menghempas barang-barang sehingga kita boleh bertindak seperti orang tidak siuman. Maki hamun dan sumpah seranah memang perkara biasa dilakukan oleh mereka yang marah secara melampau ! uish, yang ni tolonglah diELAKKAN.. ganas tuuuu...

Tetapi sesungguhnya, ketika kita tengah marahkan sesuatu, pastinya SYAITAN adalah makhluk yang paling berbahagia sekali.. si SYAITAN yang dilaknat Allah akan bersorak gembira sekiranya manusia bersengketa sesama mereka..

Justeru.. apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari berperasaan sedemikian.. berusahalah jauhkan diri dari sifat marah yang tidak tentu hala..

terdapat beberapa tips untuk mengatasi perasaan marah:
* Ketika perasaan marah sudah menguasai diri, cubalah bawa tersenyum
kerana dengan cara itu emosi kita akan menjadi tenteram.. yang ini saya tak pasti.. hihik.. Tentu susahkan kalau tengah marah nak senyum.. tapi tidak mustahil kita mampu melakukannya jika dicuba..
* Bawa beristighafar atau mengucap berulang kali.
* Baca mana-mana ayat al-Quran yang kita tahu terutama
surah an-Nas
* Ambil wuduk (jika mampu)
* Solat sunat (jika perlu)

Untuk menenangkan hati, maafkanlah kesalahan orang lain.. mungkin dengan cara ini, perasaan marah akan berkurang..

seperti mana dalam surah AN-NUR ayat 22 menyatakan :

" Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema'afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "

renung-renungkan dan selamat beramal

p/s : lnda maafkan kesalahan awak.. tapi tolong janji dengan lnda ye..

Saturday, February 27

seandainya dia bukan milikku...



Ya Allah,
jika dia benar untukku,
dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
jika dia bukan milikku,
damaikan hatiku dengan ketentuan-Mu..

salam..
kali ni nk bercerita pasal seandainya kekasih hati bukan jodoh kita..
erk, isu diri sndiri ke ni?? eyh, nak kata tak.. mungkin la kot.. hihik.. tak la jugak.. tapi just wanna to be prepared ma.. kot2 la kan dis situation hapen to me..

cam yang kita tahu, apa yang kita harapkan tak semestinya kita akan dapat.. apa yang kita impikan tak semestinya kita mampu untuk memiliki..

pas solat isyak tadi, berteleku atas tikar sejadah.. sempat berfikir, apa yang harus aku lakukan seandainya dia bukan jodohku.. mampukah aku hadapi semua ini..

alamak.. entri versi emosional lak..


lagi satu.. sempat lagi berperasaan seperti ini..

sakitnya hati bila orang yang kita amat sayang bersama perempuan / lelaki lain.. kenapa mesti ada hubungan lain seperti itu?? kenapa?? aku
sedih.. fikiranku bercelaru..
ahhh, tidak...!!! kenapa semua ni patut terjadi.. apa yang harus aku lakukan..


maaf, saya bercakap bagi pihak perempuan.. hati kami terlalu rapuh.. bila ini terjadi, mungkin apa yang kami dapat rasakan bahawa lelaki penipu.. penipu..!!!

pada saya, dalam suatu perhubungan itu, kejujuran amat penting.... setiap pasangan itu harus jujur dan saling mempercayai antara satu sama lain.. itu merupakan kunci kepada kebahagian dalam suatu perhubungan.. selain tu, mesti kena ada tolak ansur..

pada kaum Adam diluar sana... janganlah mainkan hati si Hawa.. bila hati si Hawa sudah ikhlas menerima, I'Allah, sampai bila-bila akan terus setia..
tapi bila sekali hati si hawa kecewa.. kadangkala susah tuk mengubati sakit hatinya.. seandainya itu berlaku, usahalah.. andai dia benar2 istimewa bagi diri anda, hati si hawa perlu diraih kembali.. pujuklah hatinya..
andai perlu, bersemukalah untuk menjernihka suasana, jangan takut mencemar duli untuk meminta maaf.. pintakan sebanyak mana pun, pohonlah sebanyak mana pun.. jangan ego tak bertempat.. I'Allah..

Tuesday, February 23

masa


Masa berjalan begitu laju

Tidak pernah berhenti walaupun sedetik
Ertinya detik umur kita meninggalkan kita
Kalau begitu setiap detik umur kita berkurang
Tapi kita tidak terasa
Setiap detik dunia meninggalkan kita jauh
Setiap detik pula akhirat mendekati kita
Kalaulah kita cintakan dunia
Apa yang kita cinta makin jauh terpisah
Sedangkan Tuhan dan akhirat
Tidak pernah kita cinta, makin dekat
Alangkah terseksanya jiwa
Meninggalkan apa yang disuka dan dicintai
Bertambah terseksa lagi yang dihadapan kita
Tidak pernah kita cinta
Ertinya kita pergi ke akhirat tidak membawa apa-apa
Yang kita cinta hendak ditinggalkan
Yang tidak cinta akan berhadapan
Aduh! Dua kali penderitaan
Meninggalkan yang kita cinta
Hendak bertemu dengan yang tidak kita cinta
Ingatlah roda umur kita makin laju ke hadapan
Dunia dan yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan
Tidak terfikirkah oleh kita
Apakah yang hendak kita bersama
Untuk satu kehidupan yang begitu lama"

"ALLAH did not promise that life would be easy,but ALLAH did promise to go with you..every step of your life,with ALLAH by your side."

Monday, February 22



Assalammualaikum kawan2..

saya sudah kembali...

rindunya.. rasa cam da lama sangat tak menulis kat sini...001
erm, harap2 pasni xde masalah lagi tuk terus menulis...
share cerita dengan anda sumer.....

sebenarnya macam2 nk di'story'kan.. tapi..
tunggu lah...
I'Allah...