Saturday, August 8

model herba

Aktiviti LDP SMKJPP pada bulan ni sangat2 menterujakan ( perkataan apakah ini ??? ).. dapat kua jalan2 ma.. memang la sonot.. kan besh klo evrytime de aktiviti cenggini.. kami ke Taman Herba Negeri Perak yang terletak di Batu 1, Jalan Simpang Pulai..

memula dicanang-canangkan oleh cekgu cekgi bahawa sume staff akan ke taman herba, alangkah tak beshnya telinga ini mendengar.. huh, tempat apakah itu.. ada apakah di situ.. untuk apakah ke situ..
tapi, Subhanallah.. tak rugi kami ke tempat camtu tau.. erk, mungkin kita tak menyedari yang selama ini kita memang dikelilingi oleh tumbuhan herba.. herba tu apa yer..?? erm, meh nak gitau.. tumbuhan tu dipanggil herba bila dari akar hingga ke pucuk sesuatu tumbuhan tu bukan je boleh dimakan tetapi leh digunakan untuk tujuan kosmetik, perubatan dan lain-lain.

kat taman ni ada lebih daripada 580 species tumbuhan herba.. Macam2 nama adalah.. Antaranya : Mas Cotek, Jerangau, Rempah Padang, Kacip Fatimah, Serai Wangi, Legundi, Tongkat Ali, Henpedu Bumi. Temu, Mengkudu dan Misai Kucing dan banyak lagi lah..

Taman seluas kurang lebih 54 hektar terdiri dari Laman Perubatan, Laman Aromaterapi, Laman Kosmetik, Laman Rempah ratus, Laman Ulaman, Laman Warisan 1 dan Laman Warisan 2.. fuh, jenuh gak la kaki ni berjalan.. tapi siap de kemudahan train pendek yang ala2 dekat zoo tu..

2 tumbuhan yang saya nak cite nih cam pelik sket.. satu dari segi bentuk.. satu lagi dari segi rupa..

haaaa.. i tell u wat.. yang satu jenis tu.. nama dia HABA NERAKA Erkkkk..!!

haaaaa.... ni la rupa dia.. nampak cam biasa je kan.. tapi nama.. mak oiii...!! menurut apa yang tertulis kat situ,
"perempuan yang tgh hamil dilarang melintasinya kerana ditakuti akan mengakibatkan keguguran. Tidak digalakkan ditanam di rumah kerana dengan melintasinya setiap hari akan menyebabkan pendarahan yang banyak ketika haid. Anak dara dilarang mendekatinya kerana boleh menyebabkan sukar mengandung.."

nak percaya atau tak terpulang lah.. tapi yang pasti.. pegawai taman kat situ pon bagi amaran.. ckgu2 yang tengah pregnant pe lagi.. tak berani nak masuk kawasan tu pon..


erk, satu lagi tumbuhan tu saya dah hilang ingatan la pasal nama dia.. klo tak salah saya terung susu kambing.. ( betoikan klo salah yer ) bentuk dia memang unik.. comel tul.. cam barang permainan budak2 je klo sekali tengok.. dua kali tengok.. cam.. erk, cam pe ek.. huhu..
saya yang berada di tempat kejadian turut terpegun melihatnye.. haha.. tul awak.. ha.. yang sebelah kiri tu gambar pokok tu yang telah di'zoom'kan.. yang sebelah tu pulak gambar saya yang terpegun itu.. hahaha..


apa lagi ekk.. erm, memang sakan tol saya bergambar bersama herba2 tu sume arini... mereka pon turut sama bergembira ketika bergambar bersama saya.. haha.. cam hampes jer..

wah.. wah.. hepinyee..!!
dari kiri kak ina, syikin, liza, kak iza, si pemilik blog..


kira cam ala2 model pokok herba lak arini kan kan???? hihik...


eyh, dengan pengetua pon sempat bergambaq.. erm, kenalkan.. ni mr. lau swee mun..

apa pon, lawatan arini memang besh.. terisi dengan ilmu dan gambar2 yang menarik2.. haha.. so, klo u all nak try, leh la pegi.. tak rugi tau..!!

ops, lupa lak.. pas kua dari taman herba ni, kami ke satu lagi destinasi.. ke mana pulak yer.. nak tau??? kena tggu next entry la pulak.. kay..????

4 comments:

aslina said...

wah...ingatkan herba tu cuma pokok2 yang daun hijau2 dan bosan...rupenye banyak lagi jenis yang macam2 rupa...

rianafatiha said...

tu la pasai.. memula pon saya igt camtu gak.. dari g tmpt tu, bek ramai2 g melawat supermarket ye tak.. haha.. tapi okey la.. byk info yg dpt..

intan said...

hurmm..sngt menarik... lebih kurang mcm kt upm.. =)
chupp..ade satu gmbr ngn seorg wanita yg mcm dikenali..Pn.Rosimah klu x silap..btui x?? pkai t-shirt kaler biru muda..

rianafatiha said...

haah la dik... tu pn. rosimah.. dia jd pk kokurikulum kt skola akak..