Sunday, December 7

♥ surat rindu ♥


my dear AWAK...
Salam sejahtera pembuka kata pemula bicara buat tatapan kekasih hati yang kini berada jauh dimata.. tinta dilayang sebagai pengganti diri untuk merisik khabar disana.. Apa khabar? Di sini, saya ingin menyatakan bahawa sepi itu tak selalunya indah.. saya seringkali mengintai dari tirai kamar untuk mengimbau kembali rahsia pohon cemara yang pernah terungkap.. Ahhhh, andai dapatku undur masa itu..
awak, saya sakit sekarang.. sakit kerana rindukan awak.. sampaikan saya terpaksa berjumpa doktor cinta.. saya betul-betul terlalu rindukan awak.. rindu serindu rindunya..
Dengarkanlah wahai kasih,
lamunan terhenti membuatkan saya semakin terkenang.. pertemuan yang tak di sengaja bermula dengan rasa benci.. pada ketika itu, ada apa dengan cinta.. tapi kini segalanya sudah berubah.. rasa benci bertukar menjadi sayang..

--------------------------------------------

erk, geli geleman bukan?? HAHA.. cukuplah ayat jiwang tuk kesekian kali ini kerana saya sudah tak punya idea.. surat ini terlalu menjadikan saya seorang yang jiwa-jiwa @ jiwang karatzzzz @ ...............
maka, dengan itu, perenggan seterusnya, surat ini berbentuk point form pula..
  • Ada orang rindu awak.. Tapi dia taknak mengaku.. tapi saya tau dia rindu awak tau..
  • tadi dia cakap dia rindu awak lagi.. so, dia mintak tolong saya bagitahu awak. ( Muka jalanraya betul orang tu) Tapi tul-tul sangat kesian la dia, sebab dia rindu sangat kat awak.. BETUL.. saya tak tipu.. dia RINDU awak..
  • point seterusnya pon berkisar soal rindu.. sama dengan point 1 dan 2..
Yang memang betul punya rindu,

font honey script.size 12. bold. italic.
(rianafatiha@adek_rindu)

merepekMERABAN.com.MY

Huh. Menjengkelkan sungguh surat ini bukan..?? Anda, Lepas baca, right click, delete, campak dalam recylebin! erk, tapi anda boleh delete kah? HAHA.. delete sampai berjaya ye..

kepada sesapa yang ingin membina entry seperti ini, anda perlu membuatnya semasa betul-betul dalam mood jiwang yang berkarat-karat.. Kalau setakat karat sikit, jangan buat.. Tunggu sampai berkarat-karat secara banyak.. Supaya anda dapat membuat ayat-ayat mencair.. HAHA.. good luck..!!

anda boleh bersurai.. surat sudah lama tamat..!!

2 comments:

OmBak said...

CINTAMU MEKAR DIHATI ayat pertama terlintas di pikiran ini..ingin ku nyatakan bahawa SERIBU TAHUN TAKKAN MUNGKIN wajah mu hilang DARI SINAR MATA ku..JERITAN HATI ini sentiasa berkata kau lah NAFAS KEKASIH ku..MASIH AKU TERASA lagi WANGIAN CINTAMU ini..BIAR PUTIH TULANG,cinta ku tetap HANYA UNTUKMU..ini terbukti bile PELANGI PETANG saksi cinta kite..Selagi DUNIA BELUM BERAKHIR, DEMI CINTA INI aku sanggup berkorban ape saja untuk memiliki cintamu..walaupun JAUH DIMATA tapi di hati dekat sekali..ini lah HAKIKAT SEBUAH CINTA...

**hehehehe...camne ayat nih..leh pakai ke tak nih..ke masih karat sikit nih..huhuhuhu..:P

rianafatiha said...

wah2.. msa mereka bentuk ayat ni mesti hati tgh betul2 mencair bukan??? syabas....... syabas...