Wednesday, December 10

♥ jalan-jalan cari pasal ♥


“ Dah, gi bersiap..! Pasti ni kita nak gi jalan… ”

Cuti-cuti sekolah nih, kowang gi mana? biasanya, time gini la salunya de yang amik kesempatan tuk meluangkan waktu berkualiti tersebut.. walaupon tak berapa nak kualiti.. tapi memang harap supaya berkualiti.. Erk, apa nih.. Ha..? Yang penting, harus diingat, Jangan membuangkan waktu sesuka hati.. jangan buang merata-rata juge ye.. Bila membuang merata-rata akan mengotorkan kawasan, maka sila jaga Kebersihan.. Erk, Never mind.. Apa pon yang saya merapu, Waktu berkualiti yang paling berkualiti adalah dengan meluangkan waktu tersebut bersama keluarga tersayang..
------------------------------------------------------------------

~ berhenti sebentar untuk ruangan iklan ~
Jika anda pernah berangan ingin menikmati kenikmatan air panas asli di Danau Toba, Indonesia, anda tidak perlu membuang masa dan menghabiskan wang ke negara orang. Hot Spring Sg. Klah pastinya akan memberi kepuasan kepada anda. Ianya sesuatu yang amat menarik terutamanya kalau anda berkesempatan bersantai bersama keluarga serta rakan-rakan di Sungai Klah Hot Spring Park ini.

( gaya cakap sama seperti pengacara tv - jom jalan jalan... HAHA )

Cam hampeh aje wat promosi lak dalam entry kali ini.. HAHA.. Ops, kepada anda, saya tidak diupah oleh pihak Felda Sg. Klah untuk wat promosi.. ye.. TIDAK sama sekali.. sekadar ingin berkongsi pengalaman..
Semalam, saya bersama family telah meluangkan waktu berkualiti bersama-sama.. sangat-sangat berkualiti.. dan sememangnya sungguh berkualiti.. Kami telah ber-picnic dan bermandi-mandian Hot Spring, Sg. Klah.. kawasan terletak di Felda Sg. Klah dalam daerah Sungkai.. mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih dari ipoh dan kami telah menghabiskan masa hampir 2 jam berendam di sini.. Taman rekreasi Air Panas ini memang besh.. facilities ok.. panorama alam yang cantik.. kawasan tempat mandi yang besh.. de tempat tuk merebus telur.. merendam kaki.. huh, pendek kata, memang saya meng-suggest-kan kepada kengkawan sume tuk berkunjung ke sini.. tak rugi...!! Huh, ini adalah kenyataan fakta yg tepat dan bukan auta daripada saya ye..

*****************************************************

Hasil aksi PANASSS kami satu family..
saksikanlah.. yea yeah...!!



ini adalah sotong kurita.. eyh, tul ke? huh, suke ati saya la nak kasi nama pe.. ni tempat air sejuk.. akceli xde la sejuk noo.. biasa aje la..


aksi kanak-kanak sawan.. HAHA.. memang tak takut air cam akak.. ensem lah..!!



akak.. iaitu diri saya sendiri berada di tengah-tengah.. terpaksa memegang afiq.. agak ketakutan disini kerana berada di dalam air.. Huh, kenape mesti takut bile berada dalam air..!!



empat keping gambar diikat dalam bentuk filem.. jual.. jual..!! HAHA..
aksi-aksi adik beradikku.. macam-macam aksi.. beraksi-aksi la dorang nih..



gambar dikepilkan dalam bentuk notebook pula..
gambar atas :
kelihatan bunda macam terketar-ketar.. Erk, sejukkah? Tengah berendam dalam kolam air panas nih.. Asal terketaq-ketaq lak..??
gambar bawah :
bersama ayah.. kat kolam air panas baru ayah nak join merendamkan diri..



6 keping gambar yang dimuatkan dalam bentuk setem boleh didapati di pejabat pos berdekatan anda.. HIHIK.. aksi-aksi menarik yang sempat di-snap oleh abang saya..

2 comments:

OmBak said...

mintak perhatian...padahal Sungai Klah Hot Spring Park telah mengupaah die untuk promosi sebenarnye..kalau geng2 p sane..die akan tanye awk tahu mane tempat ini..tahu dari blog raianafatiha..mesti die dapat komisen...hahahahahahahaha...harap maklum...:P

rianafatiha said...

uiks, mna de la.. saya x dpt komisen pe2 pon.. TAPI klo dapat pe salahnye.. HIHIK..