Thursday, December 25

♥ Ma'al Hijarah 1430 ♥

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu, mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Lagu, lagu gak.. yang paling penting, lirik tu kita kena hayati.. fahami pe yang tersirat, pe yang terselit di sebalik lagu tuh.. jangan main nyanyi aje.. oke, next.. perenggan seterusnya, bersikap rasionallah anda.. jangan bersikap gile-gile lagi kerana entry kali ni akan menyedarkan anda supaya tersedar sepenuhnya.. anda perlu mencapai kesedaran tersebut....!!

Assalamualaikum wbth...


Kepada semua Muslimin dan Muslimat Yang Di Rahmati Allah sekalian,

Selamat Tahun Baru Hijrah
MA'AL HIJRAH 1430
~ Menjana Ummah Gemilang ~

Eyh, Ma'al Hijrah ek? Ada ape dengan Ma'al Hijrah?? Pe barang sambut maal hijrah.. bukan de pape pon.. bek celeb new year nanti aje.. ade bunga api.. ade konsert.. wah, besh tuuuuuuuuuuuuu...!!

Rata-rata dikalangan kita ada yang tak ambil pusing hari penting ini.. Yang kita ambil kisah, hari raya puasa ( baju baru, sume nak baru nih ), new year celebration, birthday kengkawan, pakwe, makwe.. Silap-silap birthday artis pon kita hafal.. sedangkan sebagai individu muslim yang beragama Islam, peristiwa sepenting nih pon kita tak nak ingat.. huh, jahilnya...!! Astagfirullah...!!

Saya ingin mengingatkan diri sendiri dan juga diri anda sumer bahawa, semakin hari, usia kita makin bertambah.. semoga hari ini lebih baik dari semalam, hari esok, lebih baik dari hari dan seterusnya.. Di harapkan dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa.. Insafilah diri kita secara banyak.. InsyaAllah... Amin..

Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku:

  • 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
  • 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

plus/minus

Erm, banyakkan pe yang kita tak tau sebenarnya... huhu..

Ya Allah, jahilnya hambaMU ini.............!!!

6 comments:

pink_butterfly said...

terasa betapa banyak nya lagi yg kita tak tau kan...

sir said...

saya ada lencana persahabatan untuk rianafatiha..harap sudilah terima..

::SRISUFI:: said...

SALAM MAAL HIJRAH

NICE ARTICLE....
semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini...

K-A!R-yL said...

insaf membaca ayat2 diatas..

lebey baek sambut awl muharam drpd smbut new year..
sbb bulan muharam lebey b'makna dan bley dijadikan iktibar..

sir said...

selamat menyambut Maal Hijrah 1430H.

ombak said...

Maal Hijrah..lagunye sentiasa di laungkan setiap kali sampai pada harinye..tapi manusia sekarang rase dah tak tahu pe itu maal hijrah kan..dah buat ikrar baru nih untuk nenyambut maal hijrah nih..hihihihi..berjuanglah sblm kamu di perjuangkan..:D