Monday, December 22

♥ kek apam kukus ♥


pagi nih setelah bangun tido tuk kali kedua, satu angin telah menerpa diri ini.. angin ingin membuat kek.. menunjukkan kesan kerajinan disini.. HAHA.. kek jenis apa belum diputuskan lagi.. maka dengan itu, saya masih lagi berfikir dgn terus berfikir sambil membelek koleksi resepi kek yang ade.. hurm, arini nk wat kek yang xde guna banyak bahan2 lah.. xyah pening kepala nak cari bahan-bahan yang xde.. just guna barang2 yang dah sedia ade je.. erm, ok.. dapat dah.. nak wat kek apam kukus.. resepi ni pemberian Acik Nora..
Acik memang kategori sifu la dlm arena pembuatan kek dgn biskut nih.. credits for her...!!
jom.. saya nak share dgn anda resepi kek apam tersebut.. let's check out...!!
---------------------------------------



Bahan-Bahan

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur GRED A
  • 1 sudu teh overlet
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu serbuk koko
  • 2 sudu susu pekat
  • 1/2 keping gula kabung
  • 2 @ 3 sudu marjerin
  • kacang tanah digoreng & ditumbuk kasar
Cara Penyediaan
  • Gula, telur dan overlet dipukul sehingga kembang. klo nak tau dah kembang cne, campuran bahan tersebut seakan-akan kale putih..

  • Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder. Pukul lagi sampai sebati. masukkan susu secukup rasa. jangan banyak sangat.

  • Kukuskan air dalam bekas pengukus. Pecahkan gula kabung, masukkan dalam loyang. Kukuskan hingga cair, kemudian masukkan marjerin. Biarkan kedua-dua bahan tersebut cair dahulu.
  • Setelah itu, masukkan tepung yang sudah dipukul tadi ke dalam loyang.
  • Kukus sehingga masak.
  • Setelah masak, keluarkan kek, telangkupkan di atas pinggan. Taburkan kacang tanah di sebagai hiasan. Siap sedia untuk dinikmati.

Selamat Mencuba..........!!

8 comments:

::SRISUFI:: said...

yummy...
sedap jerk kueh tuh....
dik riana..nanti turun KL gtau lah yer...

rianafatiha said...

erm, try la akak klo nk tau cne rsanya.. hihik.. sonang ajo..
erm, klo sy g kl, akak jemput yer.. leh?

Ombak said...

ermmm..perut mase nih dah lapo nih..tgk kek lak...lagi ar lapo..huhuhuhu...abis tu..kek tu dah abis lum???kalau ad baki..pos sini sikit yer...yang mengharap ketibaan kek..OMBAk..huhuhuhu

sir said...

sedap kek tu..

IkaAR said...

cam sedap je... nak cuba la nanti.. thanks for d resepi

rianafatiha said...

ikaar.. sedap & mudah.. try la..

Anonymous said...

Thank you for sharing your info. I truly appreciate
your efforts and I will be waiting for your next write ups thank
you once again.
Also visit my web page : free porn

Anonymous said...

Thank you for sharing your info. I truly appreciate your efforts
and I will be waiting for your next write ups thank you once again.
Also see my site :: free porn