Saturday, December 13

♥ kasih penguin ♥




Kenal tak binatang apakah ini? Ye.. Ini adalah penguin.. Hihik.. cam tanya kt dak-dak tadika aje.. erm, saya andaikan bahawa sume orang kenal yang manakah makhluk ciptaan Yang Maha Esa merupakan seekor penguin.. penah tengak cite Pingu tak? Dalam cite katun, kita dapat tengok aksi-aksi penguin yang comel, kelakar pon ade.. PINGU..!! pingu..!! HIHIK..

dalam entri kali ini, saya lebih terjurus kepada National Geography edisi PENGUIN..
saya ingin berkongsi sedikit cerita
mengenai keindahan, keistimewaan dan kebahagiaan hidup penguin..
erk, time kasih tuk Mr. Pengetua kerana mendedahkan saya dengan kisah Penguin semasa taklimat beliau aritu.. memang manarik.. sangat-sangat menarik...!!

.:: fakta mengenai penguin ::.

penguin merupakan haiwan akuatik dan spesis burung yang mempunyai tahap komunikasi yang paling tinggi berbanding spesis yang lain. spesis penguin yang terbesar adalah Emperor dan The King.. tinggi penguin adalah 4 kaki (1.2m).. penguin mampu hidup selama 15 - 20 tahun dan beratnya adalah 40kg.. alamak, lebih kurang saya aje berat penguin ni.. p
enguin adalah saya ke saya adalah penguin? HAHAHA.. Huh, mengarut aje.. oke, sambung kembali..
setiap penguin akan mengeluarkan bunyinya yang tersendiri sebagai tanda pengenalan.. apa yang saya tau, setiap bunyi yang dikeluarkan adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain.. Subhanallah.. Tengokla ciptaan Yang Maha Esa ni.. erm, penguin hanya akan bertelur sebanyak dua atau sebiji sahaja. pemangsa terbesar dan paling merbahaya bagi penguin
adalah singa laut..



.:: keistimewaan penguin - kasih si Ayah ::.


" huh, perangai macam binatang....! "

saya pasti seandainya manusia melakukan sesuatu perkara di luar tabii, masyarakat pasti akan berkata, seperti di atas.. sebab apa? sebab kita telah meletakkan persepsi bahawa binatang ini adalah sejenis spesis yang buas & tidak mempunyai akal fikiran..
samalah dengan manusia seandainya tidak menggunakan akal untuk membuat pertimbangan, tahap sama dengan haiwan.
. tapi, spesis penguin ini lain pula ceritanya. mereka setia dalam perhubungan.. penguin tidak seperti haiwan lain.. erm, pasni kompem ada yang ibaratkan kisah percintaan & kasih sayang mereka seperti pasangan penguin.. HIHIK..
Oke, kita mulakan kisah penguin yer.. Al-kisahnya, si jantan akan meninggalkan si betina setelah mengawan yang kemudiannya hanya si betina akan menjaga anaknya.. penguin jantan sangat setia terhadap pasangannya.. si jantan tidak akan mencari pasangan yang lain malahan akan setia kepada si betina untuk selamanya.
. Wah, bagus tu.. Wahai kaum Adam di luar sana, contohilah Penguin Jantan ini.. HAHAHA..
tengokla video ini.. mungkin anda akan lebih memahami kenapa saya katakan bahawa kita perlu contohi kasih sayang si penguin.. harap anda mendapat manfaat daripada entry kali ini..

video

---------------------------------------------------------

4 comments:

Izzi said...

unik penguin tue,mmg hebat ciptaan illahi,binatang pun lebih baik dari manusia,jadi,seperti disebut dalm Quran,setiap penciptaan di bumi ini adalah utk kita berfikir,so ambillah iktibar stiap kejadian itu

Izzi said...

unik penguin tue,mmg hebat ciptaan illahi,binatang pun lebih baik dari manusia,jadi,seperti disebut dalm Quran,setiap penciptaan di bumi ini adalah utk kita berfikir,so ambillah iktibar stiap kejadian itu

Izzi said...

unik penguin tue,mmg hebat ciptaan illahi,binatang pun lebih baik dari manusia,jadi,seperti disebut dalm Quran,setiap penciptaan di bumi ini adalah utk kita berfikir,so ambillah iktibar stiap kejadian itu

OmBak said...

boleh ambil iktibar dalam vedio kisah paguin nih...PENGORBANAN..