Tuesday, December 9

♥ film strip ♥

erm, cam dah lama aje tak share tutorial adobe photoshop dengan kengkawan.. so, memandangkan ari ini saya punye kesempatan, maka dengan sangat suka hatinya saya ingin berkongsi bersama anda steps bagaimana tuk wat filem.. erk, apakah ini? HAHAHA.. mesti nak mengarut.. tak penah tak mengarut.. iskh, teruk tul..
ok, tuk tutorial kali ini kita akan mempelajari bagaimana hendak membina satu strip filem.

1) Mulakan dengan File -> New dengan ukuran Width : 600 px Height :1000 px. Background : Transparent.

2) Tambah 1 layer diatasnya dengan menggunakan Rectangel Marquee Tool. Lukiskan satu segiempat di tengah-tengah dan tinggalkan sedikit ruang di kiri dan kanan. Warnakan segiempat yang dibina dengan wana hitam. klo tak faham, rujuk gambar di bawah.


3) Kemudian pilih Background Eraser Tool.

Di sebelah atas iaitu setting diameter bagi tool ini, setkan diameter di antara 20-30, Hardness 100% dan spacing 160%. Ia sebenarnya bergantung juga kepada saiz imej yang telah anda bentuk pada awal tutorial ini tadi.



4) Sekarang klik di atas penjuru kiri kotak hitam. Dan sambil menekan butang Shift tanpa dilepaskan klik pula penjuru bawah kiri kotak hitam. Dengan cara yang sama lakukan di sebelah kanan. Anda akan perolehi seperti berikut. Kemas bukan??

5) Seterusnya, pilih at least 3 keping gambar. ikut cita rasa kengkorang la nak gambar yang sama ke gambar lain ke.. ok, kita aturkan 3 keping gambar di atasnya secara menegak.. like dis.. saya pilih gambar minah kenit yang bijak meng'cover' gigi rongaknye..



6) Now, kita akan cantikkan lagi strip filem ini, sekarang kita padamkan tanda mata yang terdapat di pallete layer sebelah Background. Kemudian alihkan mouse di mana-mana layer lain di palette, klik butang kanan dan pilih Merge Visible.


7) Dengan mouse di layer filem klik Filter => Distort -> Shear dengan anda cuba adjustkan settingnya mengikut cita rasa anda..



8) Teruskan dengan mengklik Edit -> Transform -> Free Transform dengan setting seperti berikut:


9) Di pallete layer pula pilih Blending Option untuk mewujudkan Drop Shadow dengan ketentuan berikut:


10) Akhir sekali, kita akan menambahkan warna background.. Klik Layer 1 dan tentukan warna mengikut pilihan anda juga.. Jangan susah hati kerana TIADA PAKSAAN di sini.. Anda juga boleh menimbulkan kesan gradient pada latarbelakang seperti gambar di bawah ini.. Selain itu, anda juga dibenarkan tuk menambah sebarang teks mengikut kretiviti anda..


hasil akhir... selamat mencuba...!!

No comments: