Sunday, November 9

♥ selamat tinggal ♥


Debaran kian memuncak, kePANASan kian terasa.. Inilah antara detik-detik kemuncak kepada pengakhiran sebuah kisah seorang PENGANGGUR KELAS PERTAMA ( PKP )..

Entry ini ditulis khas bertujuan untuk mengucapkan GOOD BYE kepada jawatan yang saya sandang selama lebih kurang 4 bulan setelah mndapat segulung ijazah.. Terasa berat hati untuk melepaskan jawatan tersebut :( .. tetapi apakan daya.. HIDUP MESTI DITERUSKAN..

Selama saya memegang jawatan tersebut, ribuan malah jutaan TERIMA KASIH diucapkan kepada mereka-mereka yang terlibat yang banyak memberi sumbangan dengan mengeluarkan MODAL yang agak besar untuk mengangkat martabat seorang penganggur seperti saya.. HAR HAR HAR.. ucapan ini ditujukan khas buat MAK, AYAH, ABG RAZIF dan PIJAN yang menyediakan gaji yang lumayan untuk jawatan tersebut.. dengan ucapan " wat susah-susah aje.." hihik..

Esok 10hb November 2008, saya akan mghadiri taklimat penempatan posting di Hillcity Hotel, Ipoh.. masa taklimat tu, saya akan tau sekolah mana yang bertuah menerima seorang guru yang berDEDIKASI dan CHOMEL ini.. ERK?? kenapakah seringkali kau menganggap diri kau sebegitu?? kawan2.. ketawakan gadis ini.........!!!! HAHAHAHAHA...

Dalam entry ini juga saya ingin mengucapkan time kasih bebanyak la kepada "tukang jawab telefon" di atas kesudian beliau membelagakkan diri setelah saya puas bermanis mulut, melunakkan suara bertanya tentang penempatan sekolah.. erm, mungkin setelah mendengar suara yang lunak merdu ini, beliau begitu ketara mencemburuinya.. erm, MUNGKIN....!! HUH, xpe cik.. sok saya akan tau sekolah saya.. huhu..

tak lupa juga, ucapan wat teman2 seperjuangan.. tahniah sekali lagi diucapkan kepada korang yer.. berkhidmatlah dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab..

khas wat teman2 baikku...

~ cik anem @ nurul farhanim mohd amin & cik idah @ zuraidah ahmad ~
korang mmg xleh nk berpisah.. dari form 4 smpai masuk U belajar tempat yang sama aje.. now, korang sama2 dpt kt pahang.. jgn nnt dpt skola yang sma sudah la.. huhu..

~ cik sab @ sabariah ibrahim ~
nampak anggun manis dipandang,
rupa lembut tetapi garang,
kukuhkan niat untuk berjuang,

walaupun tercampak di pasir gudang..


~ cik i-syah @ siti aisyah husin ~
malam2 menonton wayang,
singgah zoo taiping melawat singa,

redhakan pemergian Q tersayang,
jauh di mata dekat di telinga..


( edisi mempromosikan night safari di Zoo Taiping dan penggunaan henpon tuk komunikasi jarak jauh )

~ cik ila @ rohela abdullah ~
Pulau Pinang pulau indah,
Negeri 9 tempat berkasih sayang,

Jauh terpisah, janganlah gundah,
Kasih tercipta x mungkin hilang..

3 comments:

Ecah said...

wah wah wah da dapat posting?? congrats ye kepada TTB baru(teacher-to-be)..

Ombak said...

rugi tul ar die nih..orang lain ramai agi nak pegang jawatan tuh..sbb susah tu nak dapat jawaptan tuh..tambah agi bile dah dapat pangkat pegawai...tak pun ketua...hehehehehe...tapi ape2 pun..saye tumpang sedih atas kehilangan jawatan awak tuh..hhahahaha

rianafatiha said...

ecah.. tengkiu yer..
ombak.. time kasih kerana memahami.. hahaha..