Sunday, November 2

♥ orang merisik? ♥

duhai blogku... bertemu kembali... wahhh... entry panas nih... orang merisik saya? haaaaaa?? betul ke?? jeng jeng jeng....!!! hihik... xde la.. cmni cite dia... smlm pnat noo sampai x dpt nk post entry... pnat seehh... saya follow parents g kl.. ikut rombongan merisik.. iyerrr... saya g merisik... iyer la.. jgn x percaye lak... yang pasti BUKAN saya DIRISIK... aik, ank dara g mrisik anak dara lain? Hahaha... ade ke cmtu? erm, persetankan itu semua.. kenyataannya, saya telah mngikuti rombongan tersebut... aduyaiiiiiiiii.. pnat gile rsanya.. tp alhamdulillah, sume berjalan lancar... dlm perbincangan trsebut, bunga telah berjaya di'COP'.. haa.... kumbang2 kt luar tu jgn gatai nk kacau dia yer... yg berkenaan, SILA AMBIK PERHATIAN...
acara paling besh smlm sesi menyarungkan cincin... si anak dara yg telah dirisik kelihatan ayu berbaju kebaya biru.. wah ayat..!! baguih la.. macam ni baru betul ayat bahasa melayu.. oh, patutla, uncle babu xde.. cuti sambut deepavali lg agaknye.. hihik.. erm, pe yg saya perhatikan time cincin tu disarung, jari girl tu terketar2.. tul.. sebab obvious la saya nampak.. berdebar2 ke? tak pun excited kot? hihik.. mmg cmtu ke perasaannye ek? ops, saya tnya ni bukan pe.. saje nak tau sb xde pengalaman la katakan.. huhu...
disebabkan entry kali ada kaitan dgn adat resam perkahwinan melayu.. so, saya saje nk share beberapa peringkat penting dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu..
Merisik
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.
Meminang
Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.
Bertunang
Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.
Akad Nikah
Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

2 comments:

Ombak said...

dah pandai ek..cakap2 bab2 kawen nih..dah nak hampir laa tuh..:D:D.hehheehe...

rianafatiha said...

huwaaaaaaaaaaaaaa.... jgn la usik cmtu.. malu la.. hihik.. lom tibe masa lgi ma..