Sunday, November 16

♥ muffin coklat ♥

Weken camni sure boringkan 4 those yang x plan nk wat pape.. huhu.. bukak tv, xde cite besh.. asyik katun aje.. nak kua jalan-jalan, maleh lak.. erm, pe kata, kowang ringan-ringankan tangan memasak lak? so cne? leh x? hihik...

erm, bersempena dengan cuti sekolah yang dah pon bermula, pe kata kita try resepi muffin coklat saya nih.. wat dgn adik2.. tak pon, yang de anak2 tu, wat la dgn dorang.. uish, memang besh la.. meriah dapur kowang nanti.. hihik.. bahan-bahan pon x banyak guna.. nak wat pon sonang ajo.. try la..

Bahan-bahan ( lebih kurang 10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
Memula sediakan dulu bahan-bahan tadi. Pastu, cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .

kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.


Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).

Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.

Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.

Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit ( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.. Taraaaaaaaaaaa... ni la hasilnya...

4 comments:

berrykisses said...

boleh cuba ni . :D

rianafatiha said...

boleh2.. cuba la.. mudah aje.. nnt pas try gtau la hasilnye yer..

Ombak said...

mabelesss....adusss..sedapnye...nape tak pos kat sini ek..pokk atas dahi baru tau..hehehehehe

rianafatiha said...

wah.. suke muffin coklat gak yer... mmg mabeless pon.. try la..