Wednesday, November 5

♥ Apa Kes Malas Sembahyang ♥


Apasal la engkau malas sembahyang,
Allah kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh siang dan malam..
Apasal la engkau malas sembahyang,
Kerja dah best, family pon dah senang,
Negara dah aman, xde lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu pon kau xleh luang..
Apasal la engkau malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya engkau x bengang,
Allah kasi ilmu berfikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapa engkau tak kenang????
Apasal la engkau malas sembahyang,
Main bola engkau sanggup sampai ke petang,
Beli tiket engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat nak masuk syurga boleh hutang????
Apasal la engkau malas sembahyang,
Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petanga boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...
Apasal la engkau malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah engkau bayang,
Perjalanan akhirat memanglah terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang...!!
Ingatlah wahai rakan dan taulan,
Sematkan kata-kata dihati wahai kawan,
Fikirkan sejenak pada orang tua-tua berpesan,
Sembahyanglah kamu, sebelum kamu disembahyangkan...
*-------------------------------------------------------------------------------*
Ops, arini lebih terjurus untuk menjadi seorang ustazah.. maka saya perlu bertindak dan berkata2 dengan penuh berhemah sekali.. entry ini dikongsi bertujuan untuk memberi peringatan kita bersama, bukan niat untuk mengejek.. BUKAN.. malah tak terlintas pon untuk menghina pada mereka yang terasa.. sama2 la kita membentuk kendiri yang lebih mulia dan diredhai Allah S.W.T.. Amin...
* kata-kata ni saya ambik dari sorang teman yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat.. Time kasih diucapkan kepada beliau..
renung-renungkan dan selamat beramal.......

2 comments:

Ombak Tak Tahu said...

aduzz..skali leh jadi ustazah la pulak yer..nanti kalau ada ustazah yang beranak..leh jadi gur ganti nih..heheheehehhe...

rianafatiha said...

oh, boleh aje.. hihik...