Thursday, November 27

♥ bunda ♥


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron, lalu menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.

------------------------------------------------------
bile baca cite nih, saya teringat satu lagu nasyid nih.. Sejak dulu lagi, kusuka lagu ini.. Kasih Ibu - Far East.. Erk, sepertinya saya seorang yang baik bukan? erm, ya.. saya memang seorang yang baik..!!
ops, cukuplah ketawa yang buruk itu.. entry kali ini memerlukan saya menjaga tingkah laku.. maka kita perlulah bersopan..

Marilah kita sama-sama bertaubat.. dan juga insaf.. hentikan nafsu duniawi yang fana ini.. sayangi bunda kita.. hormati mereka.. perbuatan kacang lupakan kulit merupakan kezaliman dunia yang hakiki...

Kasih Ibu - Far East
Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku

Segalanya hanya tinggal kenangan
Pergi seorang insan yang amatku sayang
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
Yang pasti kau takkan kembali

Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapi
dugaan-Mu

Rahmatilah...Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadap
Allah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia

Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci

Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu

Wednesday, November 26

☆ buat aku tersenyum ☆



Datanglah sayang dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu walaupun tuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan kukatakan semua
Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar
Rasakan resahku dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu walaupun tuk sekejap
Karna hanya engkaulah yang sanggupkatakan aku
Karna engkaulah satu-satunya untukku
Dan pastikan kita selalu bersama
Karna dirimulah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah ataupun senang
Dapatkah engkau s'lalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku
Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

------------------------------------------------------

setiapkali sesi mempromosikan lagu, mesti promote lagu lagi seberang.. huh, teruk bukan?? eyh, nak promote watpe.. ni lagu lama la.. orang dah tak dengar kot.. dah ketinggalan zaman ke?
erk, mana de la.. saje je teringat kisah-kisah lama.. terkenang memori lalu.. wah2..!! cam hape aje la.. erm, saya menulis tuk simpanan memori saya.. kalau tak suke nak baca, gi main jauh-jauh.. Out..!!!

Monday, November 24

♥ men'design' header ♥

Pada awal pembabitan saya dalam industri ini, ( adush, cam intrview siti nurhaliza lak, hihik..) saya memang tak pandai buat header blog secara sendiri.. Jadi saya dengan sesuka hatinya telah merembat orang punya.. ( dan saya amat percaya anda juga pernah lakukan mungkin)..

Kali ini saya akan membawa anda ( ececeh, seperti cikgu membawa anak-anak murid gi melancong lak.. muahaha.. ) meninjau beberapa koleksi header yang telah berjaya direka dengan secara tekun, penuh bersemangat dan secara bertungkus lumus malam semalam..

~ jangan lupe tinggalkan komen atau cadangan yer ~

♥ sehari tanpa insan bergelar isteri ♥

share dengan anda satu story… dah lma dapat cite nih.. saje nk post gak..

seorang lelaki balik rumah.. dia jadi hairan giler.. halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah dengan tangan kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi..

masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut… ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya.. sepi tiada jawapan masuk ke dapur.. sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh, periuk tidak bercuci.. Mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak.. kemudian dia masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh, apatah lagi berendam..

lelaki itu cemas mencari isterinya.. dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca novel..

"awak sakit ke?" tanya si suami

"tak lah" dengan slumber isterinya menjawab

"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni..??"

tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam…

lalu isterinya membalas dengan panjang lebar..

"wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.. NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI……. "

Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…

Sunday, November 23

♥ berhenti berharap ♥

Malam tadi tidur secara teruk.. Sangat teruk.. Mula-mula teruk secara sejuk.. Lepas itu teruk secara panas sampai berpeluh-peluh macam baru lepas naik dari laut lah basahnya.. eyh, laut?? huh, nak mandi kt air sungai pun takut, ni lak air laut.. muahaha..

desir-desir angin takut sudah kembali lagi.. kucingnye pasal la.. malam-malam dok bertengkar.. mengiau cam hampeh.. menyeramkan aje bunyinye.. cam baby nangis... ayarkkk... takutnye.. huhu.. saya yang sangat penakut pon masuk ke dalam comforter dan membungkuslah macam kuih lepat pisang.. makin lama, makin lah terasa sangat panas lalu badan macam tercair sikit.. Tapi masih steady lah menjadi lepat pisang.. muahaha.. mata yang ngantuk tahap 5 bintang berjaya menghilangkan ketakutan tersebut walau pun hati ini begitu susah.... tambah susah bile fikir pe yang berlaku beberapa jam lepas... huhu..

Sebelum membaringkan diri di atas katil malam tadi, saya telah ter-marah seorang lelaki lagi di handphone kerana… kerana ermm… salah saya ke..?? erk, Secara sikit sajalah.. sebab saya bukan suka suki nak marah orang klo tak bersebab.. huhu.. Selebihnya semacam salah dia lah.. dah lah saya memang tgh marah dengan kemunculan beliau yang tak diundang.. beliau pulak dengan sengajanye telah mencurahkan minyak petrol di atas api.. cakap saya yang bukan-bukan.. Maka kami ber-fighting lah sikit.. Salah siapa?? Ya.. Salah saya secara sikit sebab marah tahap mak sinchan serta mengusir beliau secara terang-terangan.. Tetapi salah yang besar adalah kepunyaan beliau.. Siapa suruhlah berlakon teater, secara terang-terangan cuba meng-attract saya.. saya tak mau.. paling menjengkelkan kaedah meng-attract yang beliau gunakan terlalu... huh... x sanggup saya nyatakan...

Niat di hati memang ingin mengusir beliau dengan cara yang berhemah, tapi... kata-kata beliau seolah-olah tak dapat menerima keputusan saya.. adakah kerana saya gunakan bahasa aras tinggi?? ohh, tidak mungkin...!!

tetapi alhamdulillah, setelah di-warning berkali-kali oleh saya, kemungkinan besar beliau berasa sangat faham, sangat-sangat faham.. juga sangat sedih barangkali.. seolah-olah beliau pasrah dengan kehendak saya... *saya perasan bagus, tapi memang bagus pun.. muahaha * apa pun, saya mintak sorry sebab saya terpaksa mengusir beliau.. setelah agak lama ber-fighting sms, beliau macam sudah faham dan berjanji tidak akan menghubungi nombor saya lagi.. Sangat sukalah saya.. Sebab saya semacam sudah mencapai kemenangan.. yea yeah...!! saya rasa seolah-olah berjaya memiliki award..

Kepada semua yang terasa marah atau terasa hati dengan saya, minta sorry secara banyak.. secara pukal.. secara berguni-guni banyaknya.. janganlah mengharap sebarang apa pun dari insan kerdil ini.. tak penatkah mengharap..?? maka berhenti berharap la...

Fikiran semakin menjadi cramp. Tak faham? Lupakan...

♥ perempuan ibarat bunga ♥

munge dan perempuan, perempuan dan munge.. erk?? munge? apakah itu? munge adalah bunga.. hihik.. :)
Perempuan dan Bunga..
yup, banyak sekali perumpamaan-perumpamaan pada cerpen, novel, bait-bait syair puisi yang mengibaratkan perempuan sebagai bunga ( dan lelaki adalah kumbangnya ) ;P.. Oke, saya pernah mendengar dan juga membaca yang menganologikan perempuan bukan hanya sekadar bunga tapi de gak yang menyatakan perempuan tu ibarat hiasan.. ye ke?? tapi ketahuilah, sesungguhnya, perempuan adalah lebih dari sume itu..
Ok kengkawan, let's talk bout flowers...!!
Ada banyak jenis bunga kita kenal, antaranya bunga mawar, anggerik, jejarum dan lain-lain hingga bunga rumput.. Ok, now cuba kita pejam mata, bayangkan, ketika semua jenis bunga itu berada dalam satu taman, bunga apa yang selalu menjadi perhatian kita? Saya yakin kebanyakan dari kita lebih memperhatikan bunga anggerik daripada jejarum, lebih memerhatikan mawar daripada bunga rumput.. tul tak?? Why?
Mungkin di antara kita akan memberikan jawapan :
~ sure la sebab anggerik lagi cantik..
~ kerana mawar itu lambang cinta..
~ dan mungkin macam2 jawapan lain lagi....

Teruskan proses membayangkan lagi yer.. huh, bape banyak kali bayang daaa... huhu..
now, cuba perhatikan tempat semua jenis bunga tersebut ditanam lak.. anggerik dan mawar salunye di tanam di posisi yang bagus, sedangkan jejarum lebih sebagai pengganti pagar, bunga rumput lak lagi la tak mendapat tempat.. Padahal mereka sama-sama mempunyai peranan sebagai bunga hiasan taman.. malah, jejarum dan bunga rumput boleh menjadi hiasan taman yang sangat indah dan boleh berbunga untuk terus menerus.. Kesian jejarum.. kesian bunga rumput.. sapa yang nak perhatikan jejarum? sapa nak perhatikan bunga rumput..
Ok, now, lets talk about women...!!
Mungkin selama ini begitulah penilaian beberapa orang terutama kaum Adam terhadap perempuan.. Ada yang rasa perempuan umpama anggerik, umpama mawar, umpama jejarum, umpama bunga rumput dan sebagainya..
Adakah perempuan yang umpama mawar dan anggerik yang lebih menarik perhatian dorg? mawar dan anggerik yang cantik dan bergaya mencuri perhatian.. kalau cam tu, yang jejarum dan bunga rumput ni sure sebelah mata pon korang tak pandangkan..?? Padahal, yang jejarum dan bunga rumput ni le mungkin dari kalangan yang banyak keistimewaannye.. yang gagah, yang kuat bekerja, taat perintah Allah.. Huh, Fikir-fikirkan yer..
Pe yang pasti, kita mampu menilai siapa diri kita.. Walaupun, kita dipandang sebagai anggerik atau mawar atau jejarum sekalipun, bukanlah masalah besar.. bunga dari jenis yang mana pon tidaklah menjadi soal, tetapi cubalah kita menjadi bunga Islam yang memberikan ketaatan penuh pada Rabbul Izzati.. sama-sama lah kita berusahalah untuk menjadi hamba yang sentiasa untuk mendekatkan diri dan mendapatkan hidayahNya... Wallahu alam..

~ maka, dengan itu, tamatlah sesi tazkirah untuk kali ini.. ~
--> artikel asal kiriman email seorang teman dari seberang dan diubahsuai untuk mudah difahami <--
~ renung-renungkan dan selamat beramal.. ~

Saturday, November 22

♥ teman tapi mesra ♥

kawan tu bkn mcm maen FUTSAL,
Mula-mula kejar..dah dapat sepak..

kawan tu bkn mcm maen SKATE,
Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

kawan tu bkn mcm maen RAGBI,
Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

kawan tu bknnya mcm PAMPERS,
dah pakai, buang..
kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS,
Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai..

kawan tu bkn mcm KERETA,
Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

kawan tu bkn mcm CHIPSMORE,
sekejap ade skjp tak..
kawan tu bkn mcm BANK,
Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik..

lagi.....kawan tu mcm ape ye????

Haa... kawan tu mcm AWAK la..
bila saya hantar post, awak akan baca sampai habis....

Wednesday, November 19

♥ survey lak dah ♥

malam ni telah diadakan sesi soalan jawab dari hati ke hati.. wah2.. cam pe je entry arini ek.. hihik.. neber mind la.. asal saya bahagia sudah.. dapat dis survey from 1 of my fren... CIK kak.. smoga anda bergembira stelah saya meluangkan masa menjawab survey ini yer.. harap berpuas hati hendaknye..

1.Why do u love ur blog?
-uiks, of cos la sayang beb.. tentunya sebab ia adalah blog saya, BUKAN blog anda.. bukan ye..

2. Whose picture is it that you keep in your wallet?
- myself ( ic, driving license ), mak dgn ayah..

3. What time do you go to bed last night?
- 10 malam.. tgh wat koje pastu tertido.. malangnye terjaga balik sebab de orghang kaco.. huh.. sapo tah la..


4. What was the last thing you did?
- main2 dgn adobe lagi.. pengetua suh design cover buku yang de identiti skolah.. manyak pening kepalo den wooooo.... dia nak dalam dis week gak... ayaaark...!!!!

5. Who's the one you always meet the most?
- jumpa bosss....!! asal jmpa aje sure ade keje.. klo x jmpa, dia yang datang jumpa... alahai.....!!

6. What's on your mind just now?
- bantal bucukkkkkk........!!!

7. What did you do last night?
-macam2 ada.....

8. With whom do you wanna have fun?
- of cos la dengan my famly n frens.. lagi, dgn si DIA la.. hihik..

9. When u want 2 get married?
- soalan besh nih.. bile ek.. awak, tolon saye jawabkan leh tak??? muahahahaha.....!!

10. What do you hate the most for now?
-bantal... asyik panggil soh pelok aje... huhu....

11. What was the last thing you bought?
- topup.. muahahahaaha..

12. Miss someone?
- yup, i do! uik, orang windu la...

13. Are you satisfied with your life right now?
- alhmdulillah, bsyukur je cuz my life now is better than b4. huhu

14. What do you usually eat for breakfast?
- tak suke makan pagi2.. nanti sakit perot... perot ni manje nooo...!! kasi makan pon salah, x kasi lagi la dia wat pasai... huhu..

15. What do you want to do afterwards?
- tido la..........!!

huh, nasib baik hanya 15 soalan yang di beri.. mata pun makin lama sudah makin kuyu.. bantal pula tak henti-henti memanggil dan memujuk rayu.. perghhh...!! memang sudah kena tidur.. Sudah menguap secara besar-besaran.. memang BESAR.. Oksigen dalam kepala sangat-sangatlah tidak mencukupi.. Kalau diteruskan juga, nanti takut menyebabkan masalah pernafasan pulak.. Sebab itulah kena pergi tidur sekarang..
T.I.D.O.....!!!

Tuesday, November 18

♥ adam dan hawa ♥


Wahai Lelaki


HAWA diciptakan dari tulang rusuk ADAM

Bukannya dari kepala untuk dijunjung

Bukan pula dari kaki untuk dijadikan pengalas

Tetapi dari sisi untuk dijadikan teman hidupnya

Dekat di lengannya untuk dilindungi

Dekat dihatinya untuk dikasihi, disayangi & dicintai...


Dan wanita bukankah seorang anak, isteri, adik & IBU seorang lelaki, oleh itu kasihanilah & janganlah kau sakiti...

Monday, November 17

♥ tag lagi ♥

Salam isnin untuk semua blogger... seperti kelaziman, setelah menge'tag' orang, kini saya telah di'tag' lagi.. alhamdulillah, skang sampai la peluang yang ditunggu-tunggu untuk menyetelkan hutang CIK ASLINA... nasib bek arini ader banyak mase untuk dibazirkan.. muahahaha... Arahan tag yang diterima adalah berbunyi seperti ini...:

*Here are the rules*
1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger.

mari sama-sama kita melihat pe jawapannye yer..
share 7 facts about yourself on your blog
*berkongsi 7 fakta mengenai diri kamu di blog anda*
ini adalah FAKTA yer... bukan AUTA
satu
mempunyai ketinggian 155cm dan berat 42kg.. sedang berusaha untuk menambah berat badan menjadi 45kg.. sering menggunakan bantuan high heel untuk kelihatan lebih tinggi dan anggun.. muahahaha.. uiks, minah perasan ni dah stat "perahsaan"..
dua
merupakan anak kedua dalam family.. merangkap seorang kakak yang agak garang dan juga merupakan kaki buli kepada adik-adik.. ERK... garangkah? of cos la beb.. sebab saya memegang LESEN "aku kan kakak".. hahaha.. tak caye tanya la Eisha...
tiga
saya merupakan peminat TEGAR eskem coklat mcD.. yummyyyyy...!! mmg besh la.. leh abiskan eskem tu sampai 2, 3 dengan sekali ngadap aje.. huhu.. jangan x caye lak.. ( hanya dia yang mengetahuinya) erk??? sapakah dia??? muahahaha... dats y gigi ni penah sakit dlu.. sampai berlubang ma.. terpaksa la sedekah kat dentist dekat rm150... huhu.. tu pun x serik-serik lagi..
empat
saya memang suke memasak tapi tak suke makan.. huh, cne tuh.. tapi tula kenyataannye.. aktiviti masak memasak memang dah sebati dalam jiwa, raga, bakul ku sejak berumur 12 tahun lagi.. suke try resepi baru, jadi x jadi belakang kire.. asalkan try... hahahaha...
lima
saya x suke bear tapi mempunyai koleksi bear2 yang tomel-tomel.. siyes, memang saya x suke bear.. pelik bukan? nak wat cane.. sume tu dari kengkawan dan peminat fanatik.. erk?? PEMINAT FANATIK?? huh.. sekali lagi pengakuan berani mati...
enam
fakta yang x dapat disangkalkan lagi.. pengguna komputer, internet yang setia dan terlalu setia.. mengapa saya berkata demikian? sebabnya, saya boleh mengadap laptop kesayangan terus menerus @ secara langsung tanpa henti, tanpa jemu, tanpa bosan, tanpa rasa menyampah..
tujuh
npe mesti 7 tak 6 ke 5 ke? uish.. saje je.. jenuh nk pikir ni.. pengakuan seterusnya ialah.. saya telah memiliki lesen kereta tetapi disimpan dengan baik sekali di dalam purse dan hanya digunakan untuk me'renew' lesen SAHAJA.. dengan ayat mudahnye, lesen tersebut adalah simpanan semata-mata dan tidak digunakan untuk sebarang aktiviti pemanduan.. wah, bangga nih.. kerana itu, saya memiliki beberapa orang driver yang akan membawa kemana sahaja destinasi yang saya inginkan... hahahahaaha...
tell 6 unspectacular quirks of yours
*Memberitahu 6 keanehan tidak mengagumkan milik anda*
saya aneh kah? huhu.. pe yang tidak mengagumkan pada diri ini?? saya kagum dengan diri sendiri.. hahaha...
Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
sapa yang nak kena kali nih.. uish.. kesiannye.. dahla banyak kena list down..
Link the person who tagged you

Leave a comment for each blogger
nak komen pe eyh.. yang pasti, kengkawan bloggerku mmg besh.. sempoi abis..

Sunday, November 16

♥ muffin coklat ♥

Weken camni sure boringkan 4 those yang x plan nk wat pape.. huhu.. bukak tv, xde cite besh.. asyik katun aje.. nak kua jalan-jalan, maleh lak.. erm, pe kata, kowang ringan-ringankan tangan memasak lak? so cne? leh x? hihik...

erm, bersempena dengan cuti sekolah yang dah pon bermula, pe kata kita try resepi muffin coklat saya nih.. wat dgn adik2.. tak pon, yang de anak2 tu, wat la dgn dorang.. uish, memang besh la.. meriah dapur kowang nanti.. hihik.. bahan-bahan pon x banyak guna.. nak wat pon sonang ajo.. try la..

Bahan-bahan ( lebih kurang 10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
Memula sediakan dulu bahan-bahan tadi. Pastu, cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .

kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.


Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).

Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.

Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.

Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit ( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.. Taraaaaaaaaaaa... ni la hasilnya...

Saturday, November 15

♥ hutang TAG tuk YUS ♥

klo di'bahasamelayu'kan my workstation.. maka, bunyi yang agak janggal akan kedengaran.. stesyen kerja saya.. erm, macam stesyen bas kan? tak pun stesyen keretapi? hihik.. cam klako aje bunyinye.. huhu.. ahh, pe yang kamu mengarutkan ini wahai cik adik...
oke la.. disebabkan diri ini telah di'TAG' oleh cik yus... hah.. dan sekarang silakan cik yus menikmati hasilnye.. dengan ini, hutangku telah selesai dilunaskan... muahahahaha...

Arahan:
Snap work station and then taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda
iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada
tengok contoh yang saya dah buat nih
begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok
sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya
kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...

erm, kengkawan sume.. ni la tempat saya bersantai dan membuang masa selain mendapatkan informasi-informasi terkini dengan melayari internet.. wah2, ayat mantap ikhlas dariku.. huhu..
tengokla laptop kesayangan berada di atas meja kecik kat sebelah katil.. bile lenguh duduk, saya akan meniarap di atas katil.. bile bosan meniarap, saya akan menggayakan kuak lentang dan seterusnya beberapa aksi lain yang boleh mengurangkan tahap kebosanan..
masa online, NCIK SMILEY akan menemani saya.. tengok tu, dah comot pon.. huhu..
@liyaNNuar / sedetik hati / ada sesuatu di sebalik cerita / zara / ezo / Lepidop Tera / bataraguru / diari pelangi / erm... sapa la pulak pas ni..
jeng... jeng.. jeng...
At-10-tion to :
selamat menguruskan tag ini... muahahaha...

♥ kesan Vignette ♥

bertemu lagi di ruangan tutorial... hihik... cam episod dalam tv lak.. hahahaha... erm, disebabkan permintaan daripada beberapa org kawan yang nampaknye berminat nak belajar lagi tentang tips Adobe Photoshop, arini saya meluangkan masa tuk mengajar anda teknik-teknik seterusnya..

pe yang saya ingin kongsikan pada arini ialah cne kita nak menambah kesan Vignette pada gambar.. uish, menatang pe lak nih.. huhu.. xpe2.. usah risau, usah malu, usah takut.. takde yang susah pun pada tutorial kali ni.. pada kengkawan yang dah mahir tu, leh la share pe yang kurang yer..

1st step:
cam biasa open file yang nak di'edit'.. saya amik gambar gubahan jam tangan nih..
2nd step:
Klik pada butang New Layer.. Fill dengan warna hitam.. Pastu, gunakan rectangular elliptical marquee tool dan pilih bahagian yang ingin dipaparkan..
3rd step:
Pilih menu Select > Feather.. Isikan 50 dalam kotak radius.. Tekan kekunci backspace sebanyak 3 kali.. kat sini ikut suka suki anda la nak cne.. nak tekan kekunci banyak kali pon.. rasa-rasa cam ok tu, benti la.. jangan la dok gatai tangan nak tekan agi.. huhu..
4th step:
Dah nampak sedikit perubahan bukan? hanya gambar yang ingin dipaparkan sahaja yang jelas.. untuk mencantikkan lagi paparan tersebut, anda bolehlah menambah perkataan atau ayat-ayat yang sesuai..
mudah bukan.....???
hasilnya cukup membuatkan anda tersenyum puas....!!!
lihatlah perbezaan gambar sebelum dan selepas di'edit'...

♥ berita minggu ♥


pejam celik pejam celik dekat seminggu tak update blog kesayanganku ini.. huhu.. erm, pe yang nk di'story'kan pon dah lupe.. hahaha.. sepanjang minggu ni saya agak keharubiruan dengan kesibukan menguruskan borang-borang yang perlu disetelkan.. wah, cam busy gile, cam banyak sangat aje borang-borang tuh.. tapi memang banyak pon.. hahaha..

Monday, November 10

♥ charge sampai full ♥

Arini tul2 kehabisan tenaga.. badan rasa penat yang teramat sangat akibat penangan taklimat dari pagi smpai petang.. so, mlm ni nk kna charge balik sebab sok dah kna gi skola..

sesekali saya perlu merehatkan dri dari terus hanyut dalam dunia blog memblog ini.. ceh, cukup suday ko merapu meraban.. next entry baru cte pasal pe yang terjadi arini eyh..


kepada diriku sendiri, selamat melangkah ke alam pekerjaan..!! mak ayah, anda bahagia bukan memiliki anak seperti saya? hahahaa....

Sunday, November 9

♥ selamat tinggal ♥


Debaran kian memuncak, kePANASan kian terasa.. Inilah antara detik-detik kemuncak kepada pengakhiran sebuah kisah seorang PENGANGGUR KELAS PERTAMA ( PKP )..

Entry ini ditulis khas bertujuan untuk mengucapkan GOOD BYE kepada jawatan yang saya sandang selama lebih kurang 4 bulan setelah mndapat segulung ijazah.. Terasa berat hati untuk melepaskan jawatan tersebut :( .. tetapi apakan daya.. HIDUP MESTI DITERUSKAN..

Selama saya memegang jawatan tersebut, ribuan malah jutaan TERIMA KASIH diucapkan kepada mereka-mereka yang terlibat yang banyak memberi sumbangan dengan mengeluarkan MODAL yang agak besar untuk mengangkat martabat seorang penganggur seperti saya.. HAR HAR HAR.. ucapan ini ditujukan khas buat MAK, AYAH, ABG RAZIF dan PIJAN yang menyediakan gaji yang lumayan untuk jawatan tersebut.. dengan ucapan " wat susah-susah aje.." hihik..

Esok 10hb November 2008, saya akan mghadiri taklimat penempatan posting di Hillcity Hotel, Ipoh.. masa taklimat tu, saya akan tau sekolah mana yang bertuah menerima seorang guru yang berDEDIKASI dan CHOMEL ini.. ERK?? kenapakah seringkali kau menganggap diri kau sebegitu?? kawan2.. ketawakan gadis ini.........!!!! HAHAHAHAHA...

Dalam entry ini juga saya ingin mengucapkan time kasih bebanyak la kepada "tukang jawab telefon" di atas kesudian beliau membelagakkan diri setelah saya puas bermanis mulut, melunakkan suara bertanya tentang penempatan sekolah.. erm, mungkin setelah mendengar suara yang lunak merdu ini, beliau begitu ketara mencemburuinya.. erm, MUNGKIN....!! HUH, xpe cik.. sok saya akan tau sekolah saya.. huhu..

tak lupa juga, ucapan wat teman2 seperjuangan.. tahniah sekali lagi diucapkan kepada korang yer.. berkhidmatlah dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab..

khas wat teman2 baikku...

~ cik anem @ nurul farhanim mohd amin & cik idah @ zuraidah ahmad ~
korang mmg xleh nk berpisah.. dari form 4 smpai masuk U belajar tempat yang sama aje.. now, korang sama2 dpt kt pahang.. jgn nnt dpt skola yang sma sudah la.. huhu..

~ cik sab @ sabariah ibrahim ~
nampak anggun manis dipandang,
rupa lembut tetapi garang,
kukuhkan niat untuk berjuang,

walaupun tercampak di pasir gudang..


~ cik i-syah @ siti aisyah husin ~
malam2 menonton wayang,
singgah zoo taiping melawat singa,

redhakan pemergian Q tersayang,
jauh di mata dekat di telinga..


( edisi mempromosikan night safari di Zoo Taiping dan penggunaan henpon tuk komunikasi jarak jauh )

~ cik ila @ rohela abdullah ~
Pulau Pinang pulau indah,
Negeri 9 tempat berkasih sayang,

Jauh terpisah, janganlah gundah,
Kasih tercipta x mungkin hilang..

♥ mewujudkan penuaan ♥

Pada pagi ahad yang penuh keselesaan ini, saya ingin berkongsi lagi tutorial adobe photoshop.. kali ni, kita berpeluang utk meng'edit' gambar supaya dapat mewujudkan kesan seperti gmbar di bawah..

Bila penterjemahan bahasa menjadi tersangatlah Melayu, maka pemburukan bunyi akan terjadi. Perkataan create aging telah diburukkan menjadi mewujudkan penuaan. Arkk.. TUA?? Oh, noooo... ops, ini adalah suatu isu yang sensitip pagi sesetengah pihak.. mintak AMPUN yeh...

OLD PHOTO EFFECT


cam biasa memula, kita perlu menyediakan photo yang ingin di'edit'.. gmbar yang saya pilih adalah gmbar keluarga belah atuk saya.. huhu.. poyos tol... :)

Step 2 :
Duplicate gmbar tersebut.

Step 3:
Desaturate.
( Sila rujuk pd tutorial sblm ini klo dh lupe )

Step 4:
Color balance @ CTRL + B
tuk mewujudkan kesan2 kuning pada gmbr..
ubah suai la ikut sesedap rasa anda.. rujuk gmbar bawah nih..

Step 5:
Now, the most important part is the texture file.. awk kena cari satu gambar kertas diperonyok.. eyh, tul ke perkataan itu? ala.. cne nk ckp eyh.. cmni, bile kita dh x guna kertas tu, kita gumpal2 kertas tu.. haa.. effect gumpalan cmtu la yang kita nk..
bile dah de file tu, paste aje kt satu layer baru..

Step 6:
Adjust gambar gumpalan kertas td supaya dpt tutup gambar memula tadi.. nk rotate ke nk transform cne pon, ikut korang suke la..

Step 7:
Bile dah adjust gambar tu, tukar LAYER MODE dari NORMAL kpd OVERLAY.. pastu apa yang kita nmpak skg ialah kesan gumpalan kertas di sebalik gambar asal td..

Step 8:
Dah hampir siap... oke, untuk mencantik dan meng'real'kan gambar tu supaya jd cm gmbar lma, kita tambahkan NOISE pd gambar.. kire tambahkan kesa titik2 halus la.. nk wat tu, senang aje, klik FILTER > NOISE > ADD NOISE..
ni pon adjust ikut sodap mata memandang..

Alhamdulillah, kerja meng'edit' tadi dah selesai.. ni hasil yang kite dapat.. tengok la perubahan pada kedua2 gambar tu..

Saturday, November 8

♥ tema henset ♥

salam seceria pelangi tuk teman2 sume... hye....!! arini kite nk cite pasal tema phone lak.. erm, ni sume pasal pagi tadi la... dok belek2 enset, tekan situ, tekan sini... ERK?? enset barukah? hihik, xde la... still guna yang lma gak.. NOKIA 6120 classic... cuma, tetiba rsa nk tukar themes enset nih.. myb sebab lma asyik guna tema yg sama aje kot... huhu...

erm, tuk pngetahuan teman2, ni la salah satu habit yang masih lagi masih subur di sanubari... hihik... habit kategori dak2 skola aje.. huhu... sabau aje la... ahhh, biarkan saje... saya bukannye kacau orang lain pon... sekadar nak berkongsi, ni antara tema2 phone yang saya penah gunakan...



de yang berminat ke? erm, 4 those yang rsa2 nk tukar2 themes handphone tu leh klik aje kt website OWNSKIN dan ZEDGE..

mudah aje... pilih aje mana2 tema ikut jenis enset anda... download kemudian transfer masuk dlm enset, install... selamat mencantikkan enset anda...!!

Friday, November 7

♥ senyum ♥

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum… kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum… membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan…

------------------------------------------

Abdullah bin Al-Harits Radhiallaahu anhu menuturkan: "Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam."
(HR. At-Tirmidzi)


"Senyumanmu di hadapan saudaramu (seiman) adalah sedekah." (HR. At-Tirmidzi)

Bila kita ukirkan senyuman utk seseorang, maka pasti akan timbul kesan yang baik.. Dan dari sanalah kita memperoleh kebahagiaan.. klo de pandangan yang kata "dari mata turun ke hati", kali ni kita ubah lak.. "dari senyuman, turun ke sanubari".. hahahaha... aiyaaark, ayat....!! tak tahan den...

Kadang-kadang ada orang memberi senyuman yang cam dipaksa2 aje.. tapi ada gak yang senyum tulus ikhlas.. dats y macam2 jenis senyuman de kt dunia nih.. senyum kambing, senyum sumbing, senyum menggoda, senyum sinis, senyum simpul, senyum orang gile.. hihik.. :)

Em, cam yang kita tau, senyum itu sedekah.. so, bila anda x mampu nak bersedekah dengan harta, maka sedekah la dengan senyuman.. dengan bersedekah, kita akan memperoleh pahala.. maka, carilah sebanyak mana pahala pun.. tapi, AWAS...!! senyum tu agak2 la.. cuba bayangkan, klo la awak asyik terSENYUM aje.. uish, bahaya nih.. dah kira kes hospital tg rambutan.. klo ikut jenis senyuman, tu dah kire 'SENYUM ORG GILE'... muahahahaha....


Ishk, ada2 aje saya ni kan.. hihik.. Hari ini, saya dah senyum seikhlas yang mungkin pada mak ayah, adik2, jiran.. so, anda cne lak??

Thursday, November 6

♥ selamat maju jaya ♥

Salam pen, buku nota wat kengkawan yang tgh bertungkus lumus menghadapi final exam.. ops, x lupe juga wat adik2 yang bakal menduduki SPM x lama lgi terutamanya tuk student form 5 SMK Tasek Damai, Ipoh..

Saya doakan semoga anda sume cekal menghadapi dugaan ini.. Biasa la student mmg x dapat lari dari exam.. student lari la laju cne pun, exam pasti akan kejar.. mereka akan saling berkejar-kejaran, bermain bersama seolah2 student & exam merupakan 2 entiti yang sangat akrab.. Pe yang saya merepek nih? Aghhhhh..
Masa musim exam ni, klo x kuat fizikal mental, mau petak kepala otak dibuatnye.. ingat tau, jgn wat somting yang
x masuk akal sudah.. huhu..

kat cni de beberapa tips menghadapi peperiksaan untuk dikongsi bersama...

1. Pastikan semua peralatan peperiksaan seperti pen, pensil, pembaris serta kad pengenalan dan slip peperiksaan di sediakan. Make sure tau pusat peperiksaan anda.. bukan pusat yang terletak di perut anda.. BUKAN.. jangan lak masa ari nk exam br dok sibuk nk mncari.. silap2 haribulan, tersalah dewan.. hah, sapa yang susah???
2. Banyakkan solat hajat 2 rakaat dan bacaan yassin mohon agar Allah berikan ketenangan dan kemampuan menjawab soalan dgn sempurna.. yang ini, klo tau doa aje, tapi x usaha xde guna gak.. so, LU PIKIR LA SENDIRI...!!

3. pastikan tidur yg mencukupi.. ia penting bagi badan dan otak cergas utk hadapi peperiksaan.. wah2, part tdo menido ni mmg best tp agak2 la.. jgn sebab nk cerdaskan otak, tdo smpai x hinggat dunia...

4. pastikan diri tidak tertekan dgn membuat ulangkaji disaat akhir.. pelajar cemerlang sentiasa bersedia awal menghadapi peperiksaan.. point ni x bpe stuju sgt.. akceli ni depend pada individu la.. klo dh biasa study last minute cam saya ni nk wat cne.. tul x? org BIJAK PANDAI cam saya ni la yang suke study camnih.. hihik..

5. sebaik-baiknya pada pagi sebelum nk exam, solat Subuh berjemaah dgn keluarga dan mohon restu dari kedua ibu dan ayah.. klo yang dok asrama tu, salam la ckgu, kengkawan, musuh2 anda.. hah?? musuh? cam de pengalaman aje nih.. huhu..

setakat itu sahaja..
selamat menghadapi peperiksaan.. doa saya sentiasa mengiringi setiap langkah anda.. :)

Wednesday, November 5

♥ kerongsang riben cekgu chomel ♥

Kerongsang @ brooch menjadi aksesori yang perlu ada dalam pemakaian tudung Muslimah.. Kerongsang yg unik dan menarik tentu saje dpt menarik perhatian.. Lately, dis accesories banyak dijual2 di merata-rata tempat.. macam2 jenis ade.. bentuk binatang, buah2an, bunga, daun.. macam lgi la..
for 2day, pe kata.. kita sma2 mengkreatifkan dri supaya lebih kreatif.. ni salah satu rekaan kerongsang yang totally simple.. erm, cikgu chomel akan mngajar kita cara2 wat brooch riben sndri.. erk.. cekgu chomel? huh.. chomel kah?? ( gambar smiley yang menjengkelkan )
Pe yang kite perlukan ialah :

Glue Gun berserta Glue Stick ( klo xde kowang guna aje la Gam UHU ), Riben, Ceper penutup & Rangka Pin Kerongsang dan Manik2 untuk hiasan.
Memula, ikat simpul dan bentukkan riben terlebih dahulu.. Mudah bukan? Klo x reti gak, mintak la tolong sesapa ikatkan.. alahai, senang aje ma..Pastu, panaskan glue gun dlu.. Ops, time ni kna ati2 sket yer.. jgn terkena jari jemari yang runcing tu sudah.. nnt saham trun pulak.. HAHAHAHA... letakkan sedikit gam pada belakang ceper.. sikit aje.. nnt comot lak..

Letakkan sedikit gam juga pada riben.. and den, lekatkan la both parts yang telah di letakkan gam tadi.. tekankan sedikit..

Untuk hiasan, manik boleh diletakkan pd bahagian tengah riben.. klo xnk xyah la taruk.. den x pakso pon.. sume ni ikut sesodap raso ekau la.. huhu..
so, ni hasil yang kite berjaya perolehi.. klo rsa2 nk keraskan tangan kowang, try la wat... hah? KERAS TANGAN??
Mudah, ringkas, cantik, menarik, tertarik, kau mmg da bomb........!!!