Thursday, October 9

petua KECANTIKAN tradisional...

few simple tradisional tips.. lets check out...!!

Awet Muda
Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Memerahkan bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.
Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika.
Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Sihat Tubuh Badan

Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun). Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Menghilangkan bau ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

No comments: