Friday, October 31

♥ calon pilihan ♥

Dat day sy de borak2 dgn sorg member laki nih.. kre boyfren la.. HAH? boyfren? alahai, kantoi..!! eyh, copp.. kawan lelaki la.. kawan.. bkn teman lelaki.. beza tau kawan dgn teman.. hihihik.. erm, antara intipati perbualan kami berkisar kpd dirinya yg sibuk mmbuat survey mncari calon istri.. hahaha.. ayat..!! x tahan.. okey2.. dipermudahkan ceritanye cmni, member sy yg sorg nih nk mncari calon istri.. from our conversation, dat boy de mletakkan syarat yg calon istri dia nih selain dr rupa paras yg sedap mata memandang, family background oke, dat girl mesti pndai masak..
alahai.. npe eyh lelaki mletakkan syarat pandai memasak dlm check list dorg? Kalau perempuan tak boleh memasak, mesti dikutuk dan disuruh belajar..

"Apalah perempuan, tak pandai masak.. siapa nak kahwin dengan awak!"

Usually 4 those yg x bpe reti memasak tu biasanya akan kasi alasan cmni...

" dari kecil tak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran je. lagi pun, msa zaman skola dlu, tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "

npe ek bagi seorang lelaki, tak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.. huhu..
sy tau masak ke? spa nak tolon jawab????
Erm, wahai kawan2 yg sejantina dgnku, kite pon sepatutnya leh buat cm gitu gk.. Kalau lelaki boleh letak syarat cmtu, why not kt wujudkn persoalan yg ni lak..

"lelaki yg x leh jadi imam, x layak jadi suami sy.."


erm, leh pkai x syarat ni? Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga?Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan lak.. haha.. boleh x?
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.. tak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya..
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.. nk wat cne, "syurga seorang istri di bawah tapak kaki suami"..
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"
Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah sy kpd beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam..
Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control.. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! pon belajar gak.. kita sama2 perbaiki dri masing2...!!!

4 comments:

Dekan said...

Laki jadi imam orait pe. Slalu la laki jadi imam. Jarang plak dengar laki x bole jadi imam melainkan bukan agama islam. Haha. Ramai calon la untuk pempuan.

Pempuan pandai masak ek.. Takpe, boleh je bg sesetengah laki mcm sy ni. Cheewah. :p . Tapi, janji nanti kene bolehkan masak la.

Ombak said...

terlebih dahulu..assalamualaikum..cite pasal kena bagi syarat2 nih...kekadang kalu duk pkr2..memang gak perlu..tapi jgn keterlaluan..nanti akibatnye..dah suke same suke tetapi sbb syarat..cinta untuk hidup semati jadi kau hidup kau..aku hidup aku..tapi yeng penting..memang patut pun pompuan pandai masak..heheheheehe

rianafatiha said...

dekan ~ myb persekitaran awk ada calon2 yg ssuai tuh.. y not kenenkn tuk sy? hihik.. xde la gurau aje..

ombak ~ syarat tu skadar pendapat sy aje.. huhu..

bebey84 said...

syarat jd imam tu bagus gak..lg bagus kalo sblm kawin..bakal ayah ipar..eh ayah mertua buat sendiri interview beserta amali sekali..hihih