Monday, September 22

jom try....!!

erm, pejam celik pejam celik dah nk abis bulan pose.. rsa sat sgt.. huhu.. so, just tinggal bpe ari je lgi nk sambut raye.. cne dgn preparation kowang sume? sume baru ke? wah2.. semangat tul..
oke la.. arini just nk share a few recipe.. den dah try.. alhamdulillah, menjadi.. try la.. sure meriah beb raye kowang....!!

ALMOND LONDON RIANAFATIHA














Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
250 gm mentega
125 gm gula halus
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
50 gm serbuk badam (optional)
200 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 tsp baking powder
200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gm badam cincang (utk hiasan)
+/- 700 gm coklat masakan
Cara-cara
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
3. Masukkan serbuk badam, kacau.
4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi. 5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.
6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang di dalamnyer.
7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega.
8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit.
9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil".
10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak.
11. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

BISKUT KELAPA DELIMA



















Bahan-bahan ( 120-130 keping )
225 g tepung jagung*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
125 g gula aising
75 g kelapa kering, dikisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
155 g mentega
Untuk Hiasan
Kelapa kering
Kuning telur, untuk sapuan
Cara-cara
1. Satukan kelapa kering yang dikisar dan serbuk badam bersama2 tepung tadi. Ketepikan.
2. Pukul telur, gula aising dan esen vanilla hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul perlahan. Pada peringkat ini adunan akan berupa seakan2 serbuk roti.
3. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan tadi menjadi doh yang lembut. Bulat2kan doh dan tutup dengan tuala lembap.
4. Canai doh setebal 1/2 cm, terap dengan acuan kegemaran dan susuh dalam dulang pembakar. Sapu kuning telur dan tabur dengan kelapa kering. Buat hingga habis.
5. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan biskut atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT DAHLIA @ SAMPERIT














Bahan-bahan ( 50-60 biji )
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula dikisar halus ( pakai gula kastor pun ok gak )
1 kuning telur
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla
Ceri yg dipotong kecik2 tuk hiasan
Cara-cara
1. Panaskan oven 180 darjah.
2. Di dlm satu mangkuk, pukul butter, gula smpai kembang. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan kacau sebati.
3. masukkan tepung ( gandum dan kastad yg tlh di ayak ) sedikit demi sedikit sehingga habis. Adunkan dengan tangan supaya menjadi doh lembut.
4. Tekan dgn acuan samperit dan hiaskan dgn ceri.
5. Bakar selama lebih krg 20 minit.
Note : Biskut ni sederhana manis. 4 those yg suke manis2, sila lebihkn gula.

No comments: