Monday, August 11

heliza oh heliza.............

Kowang knal x pd HELIZA??


tatau sejak bile, dimana dn mngape tiba2 rsa suka tgk cik heliza nih.. dolu2 time dia masuk AF, xde la ikuti sgt.. tp sejak2 dia dpt job berlakon dgn Awal Ashaari.. mula rsa suka la..


erm, mybe sb penampilan dia yg ala ala prempuan mlayu trakhir gitu.. ye tak?? try u all perati muka dia.. tgk tul2.. sweet je.. kan kan? stuju x? rsa sejuk aje mata mmandang... erm, kt cni de serba sikit pasal dri heliza.. lets check out...!!


Nama Penuh : NUR HELIZA BINTI HELMI
Nama Samaran : HELIZA
Bangsa : MELAYU
Umur : 21 TAHUN
Asal : KUALA TERENGGANU
Tarikh Lahir : 3 FEBRUARI 1986
Tinggi : 155CM
Berat : 42 KG
Hobi : MENYANYI & MEMBELI-BELAH



Deskripsi : Gadis bertudung petah bercakap. Seorang yang cerdik dan cemerlang dalam pelajaran. Matanya adalah asset dan senjata untuknya kerana apabila dia memandang pasti ramai yang terpegun dengan pandangannya.


nasihat cinta....

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal...
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yg akan menyesal...

Sunday, August 10

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu..

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah seseorang yang merindui syahid dijalanMU..

Ya Allah, jika aku menimati cinta kekasih Mu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihmu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU...

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU... Amin..