Thursday, March 17

rindu rinduan...

salam...

title entry yang agak keterlaluan.. erm, hari ni ingin mngisi kekosongan jiwa dengan mem-blog-kan diri.. dah lama bercuti dari dunia blogger..

hampir 3 mggu yg lalu busy dengan aktiviti perkahwinan. kini sudah tidak berapa busy.
Yup, jadi wife pon x busy ma.. tarak pecaya ka?? iyer.. emangnya benar dong... hidup sendirian.. suamiku jauh.. weken husband & wife.. erm, kire ok la kan.. rindu rinduan.. jauh dimata dekat ditelinga.. hihi..

mari kita menempel wedding pics disini.. wah, teruja sekali lagi bila ingat dat moment.. alhamdulillah, semua berjalan lancar.. sangat bersyukur...

mari kita mulakan.. saya ingin memperkenalkan cinta hati saya.. entry sebelom ni just side picture dia saje kan.. wah2..

inilah dia.. mohd iqbal, suamiku tercinta... hihi.. *blushing*

akad nikah : 25hb februari 2011
persandingan : 26hb februari 2011
tema : persandingan tentera









Friday, February 25

i'm a wife...

Alhamdulillah, now I'm a wife for Kapt. Mohd Iqbal Bin Mohd Zainuddin.

dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isterinya.. Woahooo.. sangat bahagia.. sangat teruja.. sangat terharu.. macam2 rasa.. Usai tok kadi mengaminkan doa, hujan turun.. aduhhh.. syahdu.. Ya Allah berkatilah ikatan suci kami ini.

Ya Allah,
Limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah,
Cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu
Jadikanlah kami Suami & Istri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Amin Allahumma Amiin……



Friday, February 11

mrs to be


First step, merisik & bertunang.. DONE..
( majlis serentak )

Second step, akad nikah..

Third, majlis persandingan..


Aktiviti naik pelamin bunyi macam sangat fun sekali. hurayyy. Jadi raja sehari.. Tak sabar.. Haha.. kedengaran betapa tak sabarnya untuk melalui ceremony tersebut.. Excited sangat2 rsanya.. walaupon persiapan yang dibuat kadangkala sampai rasa nak putuskan urat nyawa.. sebenarnya, preparation tuk kawen ni penatlah.. SANGAT memenatkan.. sakit kepala.. tapi aku redha.. bila difikirkan balik, bukan selalu pon wat keje2 camni.. bukan sebulan sekali, bukan setahun sekali cam nak sambut raye.. tapi seumur hidup sekali.. agree?? I'ALLAH hanya sekali...

dari A to Z, sume kena settlekan sebelum majlis.. woahoooo...
P.E.N.A.T


Monday, August 16

jangan berharap dia begitu sempurna..

baru-baru ni saya terima e-mail dari sorang member.. erm, hati rasa tersentuh dengan "surat maya" tu..



Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang.
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang.
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU
. MENGASIHIMU.
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.
Kamu juga yang akan MENYESAL.

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada ( hakikat ) benda itu:

"Jadilah engkau...!" Maka ia terus menjadi...
Jangan terlalu Mencari kesempurnaan


Thursday, August 12

conversation...


di suatu pagi ketika dalam kelas menanti waktu rehat tamat..

````````````````

student 1:
teacher, i'snt correct u mau tranfer??



tecer :
yup, maybe.. why??



student 2 :
don't la techer.. u sudah baik2 di sini.. we dont like dat tecer la.. ( expresion muka yang x agak2.. menunjukkan betapa tak sukanya kpd ckgu tersebut
)


student 3 terus menyampuk :
ya lorr tecer.. i dont like her.. she's very garang lorr... sikit2 mau kasi itu dimerit point.. u baik..



hati mula berbunga.. kah kah kah.. budak2 mula memuji dan terus memuji.. berbakul bakul, bertimbun timbun.. aiseh, cne nak bawak balik pujian ni pi masuk staff room.. akeke.. cam hampes aje bunyi nye... mari terus ikuti conversation tersebut....


tecer :
ok, if i get married, of cos i'll follow my husband ma.. takkan la i stay here, he stay johor?? ayokkk.. u'all xde kesian sama saya ka??



student 1 :
aiseh tecer.. u kawen la next year.. after aku habis spm..
( guna kata ganti nama aku sebab dis boy mmg agak jahanam bahasa melayu dia.. tak reti nak guna ganti nama dengan baik... huh.. )


belum sempat serangan balas, student 2 balik menyampuk :
tecer, saya see u punya lo khong punya gambar dalam facebook.. wa.. banyak leng lorrr.. saya mau pikat dia lorr.. u dont kawen with him la.. saya mau..
( ncik tunang, dia telah memuji anda kali ini.. saya tatau mata dia ada masalah atau apa.. tapi dia bersungguh2 mau pikat awak wahai ncik tunang.. )


tecer :
erk, u mau pikat my future lo khong??? hihi..
( saya tersenyum mendengar lawak jenaka student ini.. )


student 2 :
i mau ajak dia dating.. makan2..


tecer:
he always busy..


student 2:
busy meh?? so, u takde keluar makan2?? cinema??


tecer:
no..
( eyh soalan kaji selidik apakah bebudak ini... bila masuk part ni yang malas yg jawab nih.. ala.....)



student 2 :
ya meh?? manyak kedekut la u punya boyfriend.. why u mau kawen sama itu kedekut punya orang??


tecer :
dia tak kedekut.. dia sangat baik.. sangat sangat baik.. ( mula tersenyum di situ )


mujur loceng berbunyi.. kalau tak, mesti sesi soal jawab diteruskan.. aduhh.. kengkadang tu yang malas melayan dorang.. sekali layan, macam2 hal mau tnya.. tnya itu tnya ini.. ishk2..


Monday, August 9

ingin berkongsi entry berkaitan cincin.. email diterima dari sorang teman...

Mengapa Cincin Pernikahan Harus Ditaruh di Jari Manis??


Ikuti langkah berikut ini, Allah benar2 membuat keajaiban ( ini berasal dari kutipan Cina )

Pertama
tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam
Kedua
Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.
Ketiga
Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan...
Keempat
Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.
Kelima
Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
Keenam
Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.
Ketujuh
Selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita mearuh cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain.



“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna.

Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan suami/isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai."


Sunday, August 8

novel jaja & din





Pada hari ahad yang besh ini, saya ingin meng-review satu novel yang ade dalam mini library saya..



Jaja & Din
Penulis: Noor Suraya
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675118272
Senenanjung: RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
482 mukasurat

Antara novel yg dinobatkan sebagai cerita terbest yang penah saya baca.. tengok pada tajuk cam tak menarik... jaja & din..??? huh, tapi tu la.. jangan mengadili buku daripada kulitnya.. but judge a book until you read it to the last sentence.. erm, Memang patut pun!

saya suka cakap cite ni cite cinta ustaz.. hihi.. Hmm..

Di awal cerita kisah ini saya rasakan agak lambat, penuh dengan 'teaser'.. penat gak la nak baca celoteh si penulis ni.. tapi tu la.. cara penyampaian yang berbeza dari biasa.. huhu..

watak utama si jaja yang brutal.. nakal.. memang sangat terserlah kenakalan Jaja yang bersahaja... love at the first sight orang kata.. camtu la yang jadi kat jaja.. dia terjatuh cinta pada sekeping gambar iklan.. agak lama juga dia mencari tuan punye diri dalam iklan tersebut ( ustaz din ).. tapi jaja tak putus asa.. ishk.. bila dah jmpa, dia sanggup meminta ibabapanya meminang ustaz tu..

part paling lawok.. tersengih je baca.. time dia mintak parent pinangkn din.. siap dengan pantun2.. haha..

Tanam pinang rapat-rapat
biar mudah puyuh berlari
kalau kupinang pinang tak dapat
kupujuk pujuk ku bawak lari.
(Jaja nak bawak lari Din gi kawin kat Siam)

yang bagusnya, jaja cam dh tekad.. din tu adalah jodoh dia.. sanggup hadapi risiko.. dahla si jaja ni anak perempuan org kaya.. nak meminang ustaz sekolah agama.. lagi sanggup mahu hidup secara sangat sangat sederhana dan redha bila si suami pergi berjuang fi-sabilillah hingga ke Afghanistan demi kerana ALLAH?

part yang tersentuh hati bila ustaz din, si suami menasihati isteri dengan kata2 yang berlapik.. mengajar, membetulkan kesalahan serta cara dia memuji isteri.. alahai.. bestnya..

masuk ending, saya rasa keseluruhan cerita menjadi indah dan menarik walaupun mata mula bergenang.. tersentuh gak la.. mujur tak bercucuran saje.. huhu...

aduhhh.. masa baca novel ni terfikir gak.. realiti ade tak kes camni.. huhu.. pandai tul NOOR SURAYA bercerita..

secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan hasil tulisan NOOR SURAYA.. sangat2 best..

=> sinopsis belakang novel =>

Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dgn lelaki yg membuat jantung anda berlari setara dgn kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tidak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

A. katakan: lupakan sahaja, itu hanya logamaya
B. rahsiakan perasaan anda dlm diari merah jambu
C. kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
D. segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar.

Jaja telah memilik jawapan C

cinta telah membuat aku tidak lut lagi dgn segala 'peraturan hati' yg selama ini aku junjung!

Implikasinya:
"Alahai anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!"
"Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?"

Inilah cerita Jaja yg meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sbg suami. Tegarkah Jaja seorg media planner memilih hidup ala-ala 'zuhud' macam Din nanti?


rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana sini tanpa perlu berhenti di mana-mana 'lampu isyarat'...

Saturday, August 7

dia sibuk...

alhamdulillah... hari ni genap 3 bulan saya memegang gelaran tunangan orang.. wah2 bunyi cam sedang sangat berbahagia ye.. hihi..

membuat satu pilihan dalam pilihan-pilihan yang ada mmg agak sukar... kan kan..?? erm, tapi alhamdulillah, saya bersyukur dgn apa yang miliki sekarang ni dan sangat2 berharap agar pilihan saya tu tepat..

dalam mencari pasangan, perasaan cinta hadir tanpa dirancang cinta, dicintai, menyintai.. ada yang bermula dengan kawan menjadi kekasih malah ada yang bermula dengan rasa benci tetapi didorong dengan rasa sayang.. haha.. rasa cam bukak cite sendiri lak.. kih kih.. memang seronok bercinta kan.. rasa indah.. rasa disayangi.. rasa dihargai.. rasa berteman..

tapi apa yang saya ingin kongsikan pada entry kali ni berkaitan dengan percintaan jarak jauh.. ada yang kata, jarak yang memisahkan bukan penghalang... jauh dimata dekat dihati... setiap saat terkenang-kenang...

segelintir orang berpendapat, hubungan jarak jauh banyak cabaran ... dalam tempoh berpisah ( dalam jarak la) pasangan akan diuji dengan macam-macam dugaan.. tambah pulak dalam tempoh pertunangan camni.. jauh.. beratus-ratus kilometer.. lain negeri.. kadang-kadang tahap kejujuran dan kepercayaan mula dipersoalkan.. memang.. memang tidak dinafikan.. perasaan asing itu akan wujud...

tapi apa boleh buat.. keadaan masih tidak membenarkan untuk kita berjumpa selalu.. ahhh.. kadang-kadang rasa cam nazak sebab rindu... rasa rindu memang rasa sakit sangat... tambah kalau pasangan kita sibuk... tak dapat luangkan masa cam selalu... kena tinggal camtu aje.. sejam dua jam tiga jam rasanya takde masalah kalo dia x contact.. tul x?? ni kalo dah smpai sehari, dua hari, tiga hari dan berhari-hari tanpa kabar berita... apa kes... aduhhhhh... sadis aje bunyi nya.. tapi itulah kenyataan..

kawan-kawan.. apa yang penting kat sini ialah kepercayaan.. kesetiaan.. kejujuran dengan pasangan.. masing-masing akan diuji dengan pelbagai jenis ujian yang berbaza.. sabar.. tabah lah mengharungi hidup ini.. ujian ini adalah sekecil-kecil ujian daripada ujian-ujian ALLAH SWT.. sabarlah...

ada yang bagi nasihat... bykkan berzikir mengingati ALLAH.. bykkan berdoa senjata paling bahaya org mukmin... sedih, kecewa itu lumrah manusia yg tak dapat lari darinya... itu ujian batin dari yg maha esa... bila kita kecewa kita sering ingat padanya...

cik linda, sila ubah sikap n mentality anda... TRUST UR SELF, TRUST HIM... ya ALLAH, tolong kami...

"dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah"

(adz Dzariyaat 49)

haha.. sebenarnya saya tengah memujuk diri sendiri.. saya sangat sayang ncik tunang saya.. saya rindu dia..




emosi terganggu...


hidup mesti mau sabar.. ye saya tau.. saya sedang bersabar.. sgt2 bersabar.. dan saya akan terus sabar.. sabar, sabar sabar dan sabar lagi.. ok cukup sampai sabar di situ..
al-kisah, bermula la cerita di pagi sabtu yang syahdu..

hari ganti sekolah.. keluar dari rumah dengan niat yg tulus, suci murni bak minyak masak... pagi2 msa pas perhimpunan, de sorg ckgu tlh mengeluarkan nada suara yang agak tinggii.. ops, pembetulan di sini.. bukan yang agak tinggi tapi mmg tinggi apabila bercakap dengan saya.. yang pasti saya tidak pekak.. ya mmg saya dilahirkan normal.. tapi apsal n
ada suara dia begitu tinggi.. tambah dengan mimik muka yang sangat menggarangkan sambil berkata2 serta menunjukkan jari telunjuk pada saya.. mujurr air liurnya tidak tersimbah keluar.. sangat2 mujur di situ..

erm, rupa-rupanya semasa kejadian, ada mata-mata laen yang memandang.. mereka pon bersimpati apa yang berlaku.. dan satu perkara yang saya baru tahu, saya bukan mangsa pertama 'org' itu.. sudah berkali-kali dia buat perkara yang sama dengan org lain..

yang pasti, dia telah menghancurkan mood saya yang tersanga
t baek pada pagi tadi.. dia telah melenyapkan senyuman manis saya untuk hari ini..



mereka kata saya cool.. ya mmg saya cuba meng-cool-kan diri.. cuba fikir kalo tune suara saya sama naik dengan suara dia.. alahai.. benda kecik aje.. saje je nk menyemakkan kepala otak dia.. adusss.. xleh ke ckp slow2..

apa yang saya ingin kongsikan di sini, silalah jaga nada suara anda.. untuk menyatakan sesuatu, bertanya, nada suara tidak sama dengan suara untuk bertelagah..

Friday, August 6

kembali lagi..

saya ingin kembali melakukan hobi seperti dulu.. izinkan. saya...


Friday, May 7

novel R.A.D.H.A - relevankah aku di hatimu


jatuh cinta pada carl duke adam.. huhu.. terpengaruh dengan novel ni, sampai sekarang menggunakan nama carl duke tuk ncik tunang.. hihi..

Relevenkah Aku di Hatimu?
a.k.a RADHA
Rnysa
Terbitan Jemari Seni Publishing
RM20.00
495 muka surat



Kisah ni tentang 3 sahabat Ammar-Syah-Kaduk. Masa sekolah syah menyimpan perasaan pada Ammar dan Kaduk adalah sahabat baiknya yg sudah punya buah hati bernama Ain. Meningkat usia mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara, Ammr & Kaduk ke UK manakala Syah di Jepun. Masa berjauh syah semakin intim dengan Kaduk dan masing2 mula menyedari perubahan perasaan masing2. Pertemuan semula setelah hampir 3 tahun tak bertentang mata membuahkan kebahagiaan. Tapi tragedi meragut kegembiraan itu. Kaduk cedera parah dan mengalami masalah ingatan. Tak lama utk Kaduk mengenang semula Syah yang mendapat tempat di hatinya. Pada mulanya ibu kaduk kurang suka pada Syah kerana di matanya Wawa lebih sempurna buat Kaduk. Tapi masa merubah segalanya. Kaduk makin memahami hatinya dan nekad akan menjadi bakal suami dan bapa terbaik buat orang yg paling disayangi.

secara keseluruhannya.. cerita yang menarik.. sangat teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya kalo dah start baca..

sinopsis belakang novel

Allah telah mengurniakan aku seorang sahabat yang baik umpama kejora yang bersinar cerlang di celah-celah ribuan bintang di dada langit.

Nurul Akasyah, dalam ribuan insan yang ditemui, gadis itu cukup memahami. Kala-kala aku luka, lalu dia jadi perawat yang menyembuhkannya. Dan, kala-kala aku gembira, dia menyimbahkan ketenagnannya.

Syah:
gadis unik yang terperangkap dalam dunia angan-angannya.

Kaduk:
'si rambut perang' yang budiman bekas ketua pelajar yang terbilang.

Mar Iskandar:
lelaki warak penambat hati sukar didekati.

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!

Salah diakah... kerana mengambil berat? Atau salah akukah... kerana dalam diam menyimpan harap?

Monday, April 26

ubat minyak

Align Centreday 6

malam sebelum tido, nurse dah x letak eye drop yg biase dorg taruk kat mata aku.. kali ni dorg letak antibiotik.. tiub cam ubat gigi kecik..
nurse tu panggil "ubat minyak"..
bangun je pagi kul 5, mata aku rasa sakit..
sakit..
memang sakit..
blur semacam..
aku jadi sudah hati..
sedih..
yela, semalam aku rasa better lagi dari pagi ni..
aku tanya la kakak nurse tu..
dia kata,

"biasa la dik.. mayb sebab ubat baru tu tak biasa dengan mata lagi.."

aku jadi sudah hati..
Ya Allah, kenapa ni.....????

kakak nurse panggil tuk test mata..
test. test. test.
tengok no, dapat sebut dgn betul.
pelikkan.
sebab aku rasa mata aku
S.A.K.I.T.
B.L.U.R
tapi aku dapat sebut no dengan betul..
alhamdulillah..

pas subuh, aku baca mat'hurat, makin tenang hati aku. kul 7 lebih, doc india datang.. nama dia doc vaani.. doc vaani doc first yang cek aku masa sebelum aku kena masuk wad aritu... pagi ni dia cek mata aku.. katanya

" bagus dik.. sangat baik.."

lagi dia kata

"masa first day tengok mata aku memang sgt teruk.. tapi pagi ni dah semakin ok.."

Aku tanya doc vaani,

"kenapa mata saya sakit, nampak kabur..??"

doc cakap,

"maybe sebabantibiotik yang baru tu jenis minyak.., bile minyak campur dengan air mata, dia akan ada
Italicsatu lapisan. sebab tu kabur.."

syukur.. aku dah x rasa susah hati sangat.. bukan sebab mata aku semakin teruk.. just sebab antibiotik tu aje..

s
epanjang hari.. aku lakukan rutin yang sama.. aktiviti terbaru aku.. kire berapa banyak ambulans yang masuk kat wad kecemasan.. haha..

G.I.LA

tapi tak berjaya pon..



Sunday, April 25

day 5 - mata semakin membaik

day 5 - mata semakin membaik

hari kelima sebagai pesakit cekal di Hospital Besar Permaisuri Bainun. huhu. tengah malam semalam hujan lebat. aku sedar dua tiga kali gak la tgh mlm tadi.. erk, kalo aku tak sedar, mna aku nk tau malam tadi hujan lebatkan.. akeke..

kul 5 aku dah dikejutkan.. pas letak eye drop, kakak nurse nk cek mata. cam biase la.. tengok nombor... cuba la dorg bagi tengok huruf ke gambar ke.. kan best.. asyik2 tengok nombor... adeh... macam2 kn kerenah pesakit.. ni baru aku sorang yang sakit mata.. lom lagi kira kerenah orang yang sakit pinggang ke sakit tangan ke sakit jantung ke sakit tuan ke sakit puan ke... uish.. macam2...

Alhamdulillah..dapat tengok nombor PALING BESAR.. kire ok la tu kan.. better than yesterday... no 5.. Yang lain2 aku nampak samar-samar lagi.. Tapi bile kakak nurse tu bagi guna satu alat lagi, yang de lubang-lubang kecik kat tengah tu ( aku tau tau nama alat tu apa ), aku leh baca no seterusnya... Alhamdulillah... Ya Allah.. syukur.. syukur sangat2....

Kul 6 letak eye drop skali lagi, pastu mandi, solat subuh. Around 7 o'clock aku dah sarapan.. makan roti gardinea keras.. hihi.. alhamdulillah.. kenyang gak tau... pas makan, aku get ready nak jumpa doc encem dgn doc poh yang baek tu.. seperti yang diharapkan, alhamdulillah skali lagi.. doc poh kata,

" good,today much better, ur cornea clear. we just wait until next tuesday, if evrything ok, u can discharge... "

Ya Allah, syukur ALHAMDULILAH....

toing. toing. toing.. saya sangat rasa seronok walaupon lom pulih sepenuhnya.. mata still merah menyala.. membengkak tapi alhamdulillah penglihatan semakin hari semakin ok.. selaput putih tu mula menghilang... at least Allah dah kembalikan penglihatan aku sedikit demi sedikit....

pada mak ayah, aku tak jemu2 mintak tolong doakan. syukur sangat. tme kasih kawan-kawan. doa kalian dimakbulkan Allah.

erm, ingat x cite pasal budak lelaki darjah 2 semalam tu??masa jmpa doc tadi, aku dengan budak lelaki tu tunggu turn yang sama. dat boy nama meor putera... baru darjah 2.. kes semalam tu pasal mata kanan dia tercucuk pensel.. kena berapa jahitan tah.. naseb bek kena tepi mata bukan kat mata hitam tu.. kalo tak.. dah selamat la mata dia.. adeeeeeeeeehhhhh.. kesian lak aku tengok bile dia meraung2 takmo bagi doc poh cek mata dia...

sepanjang hari aku dok dalam wad.. baring.. makan.. solat.. mathurat sebagai teman.. aduhhh... orang sakit memang banyak masa rehat... sampai dah tak larat rasanya nak baring.........

harini fidah datang melawat... syed pon ada... kak ita datang lawat dgn zana... macam berjanji lak dorang.. time waktu melawat petang tu.. ramai pulak yang datang.. cik malik, cik faridah.. mak, ayah, abang, eisha.. acik nora dgn anak2 dia pon de datang sama.. maksu dgn anak2 dia pon ada...

terima kasih semua.....................

Saturday, April 24

mata anugerah berharga..

day 4...

rutin harian berjalan cam biasa... setiap jam dikejut oleh kakak nurse yang baek hati.. time kasih kakak2.. huhu.. tengah2 malam dorg kejut aku, yang aku tau, bukak mata kanan sket, dorg akan titiskan ubat.. padahal, time aku bukak mata tu, tah aku sedar 100% tak tak... huhu..

bangun pagi kul 5 cam biasa.. baru sedar sepenuhnya.. mana taknya.. kena faham sendiri la.. kelas subuh dah stat.. kakak nurse nak test nombor.. dah umur 24 tahun 6 bulan pon nk kena belajar sebut nombor cam budak tadika lagi.. alahai.. sabau aje lah...

pagi ni sama gak cam smlm.. mata still blur.. aku just nmpak tangan saje.. jari jemari kakak nurse yang baek hati tu aku still x nampak.. yup.. tak jelas..

kakak nurse tu kata, "xpe dik.. I'Allah sehari dua nnt ok la tu kot.."
mungkin dia faham hati aku tengah berserabut kot.. dalam keterpaksaan aku balas senyuman kakak nurse tu...

lebih kurang kul 7 pagi, doc Iqram Dinzly da second panggil.. ( huhu.. Dr. Azmi la ) Menurut doc tu, dia kata alhamdulillah, hari ni keadaan aku better than yesterday.. selaput kt sekitar kornea mata tu mula berkurang.. nanah pon mula mengecut.. Alhamdulillah.. syukur syukur teramat...

Balik katil, call mak.. story perkembangan mlm tadi, pagi ni... Mak pon turur sama happy.. yela perkembangan yang dinanti-nantikan... Harap2 ni berterusan..
aku nak sihat.. aku nak sihat...!!!!

Erm, pas makan ubat, mata cam biase.. mula mengantuk.. ops, sebut pasal ubat.. lupa nk gitau.. setiap pagi aku kena telan 12 bijik ubat.. iyer... 12 bijik... seumur hidup aku ni, paling banyak pon telan 4 bijik ubat.. ni 12 bijik.. huhu.. memang aku makan secara berperingkat.. 3 bijik, 3 bijik.. dalam 15-20 minit baru leh abes 12 bijik.. huwaaaaaaaaa.... seksanya rasa... aku dah la memang susah sket bab2 makan ubat nih... iskh............!!! tapi, nak cepat sihat punye pasal, terpaksa la aku telan jugak...

masa aku dah terlena, lebih kurang kul 9 Dr. Poh lak panggil.. dia cek pulak.. apa yang Dr. Poh cakap sama cam Dr. Azmi.. dia kata mata aku dah beransur ok.. Sempat la dia berlawak.. dia kata, " mata lom ok sepenunhnya lagi, tak boleh balik lagi tau.."
Aku syukur sebab selaput tu dah beransur kurang.. takpelah x leh balik pon, yang penting aku nak sihat....!!!

erm, ingat x kat macik sebelah katil yang aku story entry sebelum ni..?? kalo lupa, cek balik... hari ni, macik tu dinasihatkan oleh doc tuk bukak balik mata dia.. pas operation aritu, keadaan mata dia x ok.. air mata x henti2 mengalir.. doc kata sebab ikatan kat salur air mata tu x berapa ketat.. so, doc suggestkn tuk bukak balik mata tu.. kire kalo bukak kali ni bukaan kali ke 3 la... Ya Allah.. aku dengar pon dah ngeri.. dalam masa seminggu nak bukak 3 kali mata tu... iskh2.. ni mata orang la.. bukan mata anak patung....
macik tu cam dah takut.. dia takut jadi lagi teruk.. huhu.. Dr. Poh nasihatkan macik tu bukak, bukan untuk operation tapi tuk ikat salur air mata tu balik.. biar jadi ok..
at last, pas dikaunseling.. macik tu setuju..

Iskh.. aku dengan keadaan mata yang camni pon dah rsa cukup terseksa.. ni pulak macik tu.. kesiannya...

petang tu, ada sorang budak lelaki darjah 2 masuk wad.. kata nurse, dia bertengkar dengan kawan sekelas dia, den kawan dia tercucuk mata dak tu dengan pensel.. Huh, ngeri...!! bile dengar suara dia menangis cukup wat aku kesian... Alahai dik...
Ya Allah, tabahkan lah hati-hati kami....!!!

Time kasih wat mak ayah, adik beradik, kawan2 yang banyak bagi sokongan moral.. ada korang wat linda jadi makin kuat....



Friday, April 23

resah seorang pesakit...

day 3

kul 5 lebih, nurse kejut.. tuk cuci mata.. letak eye drop.. dia kata nak test mata.. nurse suh tutup mata kiri.. dia tnya bpe bilangan jari yang dia tunjuk.. aku cakap.. tak nampak.. tak jelas..
den, dia keluarkan jari lagi..
"berapa dik??"
"tak nampak la kak..."
"ok, sekarang akak tengah buat apa?" nurse tnya..
"akak tengah melambai-lambai"
"ok.. betul la tu.."

aku tatau nak gambarkan perasaan aku camtu.. tah.. aku rasa kosong... yup.. K.O.S.O.N.G......
macam2 hal aku pikir.. last2 aku tertido, sampai nurse kejut kul 6 pagi..

Ya Allah, hari ni sama jugak cam semalam.. masih terasa sesuatu yang baru.. kna kejut setiap satu jam, wat aku rasa tak lena tidur.. pas nurse cuci mata yang penuh dengan taek mata, aku bangun tuk mandi.. masa mandi, aku rasa seolah2 kembali kepada kehidupan berasrama.. ahhhhhhh...!!!!

lepas solat, baring balik.. sedar2 kul 7 Dr. Azmi panggil.. sambil tunggu turn tuk diperiksa, aku sempat borak dengan sorang uncle.. India.. bekas guru.. peramah tul uncle ni.. dia dh 4 hari kt wad tu gak.. baru pas operate 2 hari lepas.. dia pesan suh aku jaga mata.. lama lagi aku nak guna mata.. dia kata dia xpe, dah tua.. tunggu masa aje nak mati.. huhu.. sabar aje la uncle nih...

msa diperiksa, Dr. Azmi cakap, nanah dah mula mengecut sedikit.. Alhamdulillah.. perkembangan yang memberansangkan.. Lagi, doc kata amik masa nak kecut sepenuhnya.. Lepas kecut, nanah tu akn jadi parut.. mata kasar memang x akan nampak kesan parut kt situ..

Alhamdulillah, tenang sikit hati ni.. sikit aje la.. sebab, mata still kabur.. kire cam nak pandang pon, pandangan yang tak berapa jelas.. tak puas nak tengok..

Aku call mak.. inform perkembangan hari ni.. mak kata banyak2 berdoa.. I'Allah.. dalam hati aku kata, "mak, akak dah puas berdoa.. nape Allah x makbulkan doa akak.. nape Allah uji akak camni.. nape Allah pilih akak?? akak x sanggup mak.. "
sampai tahap cmtu aku fikir.. sampai cmtu aku merintih... Astagfirullah, lama tu baru aku tersedar.. baru aku teringat pesan mak, pesan kawan2... sabar bila hadapi ujian Allah...

bermula saat tu, aku ajar diri aku tuk tabah.. jadi Linda yang KUAT.. kuat mental, walaupon lemah fizikal..

alhamdulillah.. sejak hari 1st aku masuk wad.. setiap hari, ada saje yang sudi luangkan masa tuk melawat aku.. kalau tak tengahari, ada yang datang waktu petang..

untuk menunjukkan ketabahan hati seorang perempuan, aku pamerkan kegembiraan tuk setiap yang datang melawat terutama mak ayah.. aku cerita kt dorang apa yang aku tengok aritu, apa yang aku makan.. aku senyum, aku ketawa.. tapi...................... dalam hati ???

kt katil depan aku de sorang nenek tua.. cina.. kaki lumpuh, mata pas operate.. pagi tu, anak perempuan dia datang, nak suh minum, makan roti pon, anak dia tengking2.. alahai kesiannya orang tua tu..

kat katil sebelah aku de sorg macik.. dari sabak bernam.. sakit glaukoma.. kesian dia.. anak 5 orang.. yang sulung baru form 4, bongsu 5 tahun.. macik tu dah sakit sejak 3 tahun lepas.. dia pon pas operate smlm.. anak dia kata, mata mak dia semakin hari, semakin kabur.. sebabkan risau kalau dah x leh nampak terus, anak2 kecik lagi sebab tu mak dia nak operate.. alahai, kesiannya aku dengar...

"masa tu, aku cakap kat diri aku.. "linda, jangan ingat kau yang paling teruk.. ada lagi orang yang dapat ujian yang lagi teruk dari kau.."

aku jadi redha.. aku pasrah dengan semua ni.. yup linda.. kau kena terus kuat.. ingat.. kuat tuk semua orang....!!!!!!!!

next enrty...
mata dibukak kali ketiga.....??<=======

Wednesday, April 21

hari ke2 sorang pesakit

day 2........

kul 5 pagi dah kena kejut.. nurse letak eye drop.. rasa cam baru terjaga dr mimpi ngeri.. rasa cam tgh bermimpi lagi.. mana taknye.. bermalam kat hospital buat pertama kali.. huhu..
bangun aje.. rsa cam x ok.. memang tak OK.. puas pejam celik, pejam celik.. mata kanan kabur.. pandangan agak blur.. pejam lagi.. lama pastu bukak balik.. still sama gak.. KABUR..!!!!!
aku pandang katil depan.. aku tutup mata kanan.. aku nmpak katil.. aku pejam mata kiri.. aku tak nampak apa2.. yang aku nampak PUTIHHHHHHH...

nurse kata nak test mata.. aku dibawak pegi kat tempat test nombor2 tu.. nurse suh aku duduk.. dia tutup mata kiri aku.. dia suha aku baca nombor..
aku cakap.. "tak nampak.. tak jelas.."
den, dia suh aku ke depan sikit..
"baca nombor dik??"
"tak nampak la kak..."
nurse tarik kerusi dekat dengan papan nombor tu..
aku still x nampak..
makin lama, makin dekat.. pon sama.. aku TAK NAMPAK.. memang x nmpak..
last2 nurse tnya.. "nmpak x cahaya tu?"
"erm, nampak.. warna kuning"
"ok.. normal lagi la tu.."

Ya Allah.... dugaan apa kali nih... pas subuh, aku call mak.. mak kata sabar.. tunggu samapi doc check.. aku tak tahu nak buat apa.. aku terbaring atas katil.. pejam celik, pejam celik.. sama jugak.. pandangan aku kabur..

lebih kurang kul 7 pagi, nurse kata doc panggil.. doc lelaki.. umur dalam 40-an ( pandai aje aku agak sebab nmpak ade uban sket.. ) nma dia azmi.. dr. azmi.. kategori good looking gak la.. muka ade la ala2 iqram dinzly gitu.. tapi dia ni cam serius je.. ops, back to my story...

dr. azmi mintak aku bkk mata kiri.. aduhh. sakit... memang susah sgt nk bukak.. seriously memang sakit giler.. tak tau nak digambarkan cne.. den, dia bagi antibiotik.. sapu kt sekitar kelopak bawah mata.. pastu baru rasa cam ok sket..

Dr. Azmi terangkan yang mata aku ada nanah.. permukaan mata hitam dah dilitupi dengan selaput putih.. dats y pandangan aku kabur.. Ya Allah, takutnya aku dengar...

Balik kt katil, aku rasa kosong.. kt kepala otak aku sama gak cam semalam.. " aku kena operate ke ? " memang takut yang teramat..

lebih kurang kul 8 pagi.. pas breakfast roti dgn air milo tak besh, nurse dtg, "dik, doc nk jmpa lagi"
aku terus pi bilik doc.. de sorg lgi doc nak check aku.. pakar.. perempuan cina.. dr. poh namanya.. pas check, dr. poh pon cakap perkara yang sama.. amik masa nk ok balik cam biasa.. tapi dr. Poh pesan, jaga2 jgn gosok mata.. jgn bagi nanah tu pecah.. kalau nanah tu pecah, u kena operate.. bukan kt sini.. tapi kat hospital sg. buloh..

aku yg mendengar jadi tambah cuak.. dengan semangat yang dah tggl tak seberapa aku gagahkan diri tuk bertnya... aku tanya sama ada mata aku boleh pulih cam biasa atau tak.. erm, dr. Poh kata.. mata aku boleh baik, tapi amik masa.. at least 2 week dalam pengawasan nurse..
dalam otak aku dok berkira2, kalau cmtu, maksudnya aku kena stay lebih kurang 2 mggu kt wad ni.. Ya Allah, mampukah aku hadapi dugaan ni....?????

lebih kurang kul 9 lebih, Dr. Azmi suh ikut dia.. aku igt nak pi bilik tadi.. rupa2nya pegi Jabatan Ophthalmology.. tempat semalam aku diperiksa.. Dr. Azmi kata nak amik gambar..
Aku tengok mata kiri aku clean & clear.. Alhamdulillah xde masalah.. den bile aku tengok mata kanan pulak.. Ya Allah... tak sanggup nak perhatikan lama2.. rsa cam tak percaya yang itu mata aku.. keliling mata hitam penuh dengan selaput putih.. area tengah2 mata, ada 2 spot.. Dr. Azmi kata tu nanah..

sampai tak terkata aku dibuatnya... bahana pakai lens.. aku jadi serik.. aku takut...!!!!!!
sepanjang hari aku just dok terlantar aje.. eye drop ada 2 jenis.. nurse datang drop sejam sekali.. 24 hours.. sakit.. pedih.. Hanya Allah yang tahu...

Bermula saat itu, aku kuatkan semangat.. Ingat pesan sorang kawan, setiap dugaan yang datang, I'Allah ada hikmah, ada kebahagian yang menanti..


next entry...
day 3 bersama pesakit glaukoma...

dugaan tidak mampu diramal


..السلام عليكم

orang kata, kalau xde dugaan, bukan kehidupan namanya.. kalau sudah diduga, orang kata Allah sayang kita.. lagi, ade orang kata untuk merasai kebahagian tu, kita kena lalui satu stage yang dinamakan DUGAAN, bila dah lalui dugaan tersebut dengan jayanya, barulah kita akan dapat rasa kenikmatan daripada kebahagiaan itu..

erm, yang pasti DUGAAN dalam kehidupan manusia sering bertali arus dalam kehidupan. Kerana nilai dugaan yang cukup besar harganya, manusia perlu menghadapinya dengan sepenuh kekuatan yang diberikan Allah dalam jiwa melalui kekuatan iman dan akal fikiran.

tapi itulah.. takdir Allah.. Qada' dan Qadar yang kita sebagai manusia x leh nk halang daripada berlaku.. Aku tahu setiap ujian, dugaan yang Allah itu ada hikmah disebaliknya.. Ada kawan yang mengingatkan aku bahawa Allah turunkan dugaan itu hanya kepada hambaNya yang terpilih sahaja. Dan sahabat sekalian, mungkin AKU antara hambaNYA yang terpilih itu..

9 hari berada dalam wad buat aku rasa satu keadaan yang tak pernah aku impikan.. tak pernah terlintas di fikiran yang aku kena stay dalam wad, diperiksa doktor, dikelilingi oleh nurse dan pesakit2.. Ahh...!!!

al-kisah bermula bila aku sampai KL dari ipoh bersama fidah.. mata aku dah start pedih2.. masuk mc'd tukar lense baru.. ingatkan problem dah setel.. tapi mata still pedih2.. smpai la ptg mata mula merah..
balik ipoh nek keta, mujur pg dgn fidah.. dia yg drive balik ipoh.. niat nk shoppg x kesampaian, kesian kt fidah.. sorry sgt2.. singgah klinik.. doc kta myb sakit mata biasa, masuk habuk.. aku bayaq rm 25 tuk satu eye drop tah bpe ml tah.. huh, mmg mahal.. msa tu mmg x kisah dh, mata punye pasal la katakan..

esoknya Ahad, bangun pagi, mata sama gak.. x menunjukkan tanda2 nk surut kale merah tu.. pelik gak.. bukan pelik sket.. pelik banyak.. sebab campur dengan rasa sakit.. Adussssh......!!

Isnin bgn nk pi skola, tapi tak boleh.. mata sakit teramat.. Ya Allah..!! Ajak ayah pegi Klinik Greentown.. tggu turn jmpa doc.. nk celik mata pon susah.. jmpa doc 1, dia kta dia terpaksa forward kes kepada pakar.. aku pon blur.. dia x cakap apa pon..

Ayah trus bawak aku pegi Ophthalmology Department... tggu turn lagi.. dah la bising cam pasar borong.. sabar aje la.. procedure yg sama.. kna daftar, tggu turn.. ade la dlm sejam.. baru la nma dipanggil.. masuk je doc cek.. msa tu, baru la aku tau keadaan mata aku agak teruk.. doc kta ade infection.. corneal ulcer.. sepanjang 24 thn 6 bln aku hisup, x pnah dgr pon corneal ulcer.. yg aku tau cuma ulcer yg kat mulut tu aje.. huhu..

ade la dlm sejam kua masuk kua masuk bilik doc, last2 doc ckp cmni..
"dik, adik de 2 pilihn.. nk rawat sndri kat rumah ke nk dok wad..."
time tu aku rsa cam tak tau nk fikir cne.. yang terlintas dalam kepala otak ni cuma AKU KENA OPERATE KE??
mata time tu mmg sakit tul.. sakit yang teramat.. Allah sahaja yg tau.. nak celik mata pon payah..
at last, doc suggest aku masuk wad kalau nk cepat baik..

petang tu.. bermulalah kehidupan baru aku sebagai seorang pesakit.. PESAKIT CORNEAL ULCER.. lebih kurang kul 4 petang, aku lapor diri.. erk???? lapor diri ke?? kire daftar la.. masuk wad??? cam bermimpi aje aku rasa.. (' >_<) masuk wad 1A.. katil 50.. kna pkai tag nma pesakit.. (ala2 tag nk masuk lost world tu).. tukar uniform.. kale hijau..
next entry......
macam2 hal yang aku tengok, macam2 perkara yang aku lalui...
hari2 bergelar pesakit<========

Monday, March 1

wanita bijak, tuah lelaki...


salam..

alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni saya berpeluang tuk terus menulis dan berkongsi idea.. hihik.. cam best lak hari-hari dapat online, dapat men-tengok blog kesayangan ni..

balik dari sekolah tadi saya sempat membelek surat habaq.. ada satu column yang menarik minat saya.. column yang diberi nama nurani lelaki.. berkaitan dengan wanita bijak tuah lelaki..

beberapa minggu lepas, heboh memperkatakan tentang isu wanita menguasai sektor awam..
alhamdulillah, sebagai seorang hawa, saya berbangga dengan pencapaian kaum kami.. yeah...!!! great...!!

kita patut bersyukur kerana masa kini, ramai wanita yang memasuki menara gading.. hasilnya, tidak hairanlah kaum ibu menguasai sektor awam.. erm, tak hairan.. tak hairan..

Dalam tulisan artikel tersebut ada menyatakan bahawa,
" bertuahlah lelaki apabila disekelilingnya terdapat ramai wanita yang pintar dan rajin"
wah2.. bangga betoi bile saya membacanya.. hihik..

lagi,
wanita pintar adalah tuah kepada lelaki.. Mengapa? jika lelaki mahukan anak yang cerdas, carilah isteri yang pintar kerana terbukti kepintaran anak diperturunkan oleh ibunya. bukan bapanya..
menurut pakar genetik, asas pembentukan kepintaran seseorang bergantung kepada tiga perkara iaitu stimulasi, pemakanan berkhasiat dan keturunan. Yang jelas, genetik ibu lebih banyak berperanan terhadap kecerdasan anak..
erk, part sini saya taknak komen apa2 sebab kat artikel tersebut tidak memberikan sebarang bukti.. kalau betul, mari2 siapa mahu saya yang cergas, cerdas dan bertenaga ini.. hahaha...

apa yang saya ingin kongsikan kali ini alih2 ada kaitan dengan pasangan pilihan.. erk, isunya .. kembali kepada soal perkahwinan la... aiseh, kenapa la asyik bercerita pasal topik ni aje.. huhu..

lelaki pintar pastinya akan mencari isteri yang bijak.. bijak pada zaman la ni tentu sekali diukur dengan sekurang-kurangnya dengan segulung ijazah.. seperti mana yang diperkatakan dalam artikel tersebut, kalau mencari isteri, carilah yang pintar kerana ia boleh menentukan nasib generasi pewaris..
justeru, wanita berijazah dan berkerjaya tidak sepatutnya sukar mendapatkan jodoh. Kecualilah kalau mereka sendiri yang terlalu memilih dan sengaja membiarkan emosi serta ego menguasai diri..

erm, sejauhmana kebenarannya bergantung kepada individu.. untuk cerdas, pintar, berkerjaya segala-galanya perlu berusaha.. ada mak pintar, ayah bijak sekali pun kalau dah anak maleh nak mampus, tak guna jugak.. ye tak..

fikir-fikirkanlah...

Sunday, February 28

bila marah menguasai diri..

Salam..
entri kali ini adalah rentetan dari entri sebelumnya..

Apabila kita diperlakukan dengan sesuatu tindakan yang tidak wajar, pastinya kita akan berasa sakit hati.. sakit hati, marah.. Marah datang dari perasaan atau emosi. Bila kita marah emosi telah menguasai pemikiran kita sehingga aspek pemikiran dan psikomotor tidak dapat dikawal lagi.

Pada masa tu secara automatik, tindakan kita akan akur kepada arahan emosi. Pada kebiasaannya, bila tengah marah, muka kita jadi merah. Ini kerana darah telah naik ke muka. Lagi, mata dibeliakkan, bibir diketap atau mulut ternganga dan suara meninggi. Biasanya, perempuan kalau marah atau tidak puas hati akan sesuatu, pasti akan merajuk.. adakalanya sekejap.. kadang2 sehari.. kadang2 seminggu.. hihik.. nasib lah..

Apabila marah sudah sampai ke tahap melampau, kaki dan tangan kita juga turut bertindak secara spontan dan agresif seperti menendang atau menyepak, menghempas barang-barang sehingga kita boleh bertindak seperti orang tidak siuman. Maki hamun dan sumpah seranah memang perkara biasa dilakukan oleh mereka yang marah secara melampau ! uish, yang ni tolonglah diELAKKAN.. ganas tuuuu...

Tetapi sesungguhnya, ketika kita tengah marahkan sesuatu, pastinya SYAITAN adalah makhluk yang paling berbahagia sekali.. si SYAITAN yang dilaknat Allah akan bersorak gembira sekiranya manusia bersengketa sesama mereka..

Justeru.. apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari berperasaan sedemikian.. berusahalah jauhkan diri dari sifat marah yang tidak tentu hala..

terdapat beberapa tips untuk mengatasi perasaan marah:
* Ketika perasaan marah sudah menguasai diri, cubalah bawa tersenyum
kerana dengan cara itu emosi kita akan menjadi tenteram.. yang ini saya tak pasti.. hihik.. Tentu susahkan kalau tengah marah nak senyum.. tapi tidak mustahil kita mampu melakukannya jika dicuba..
* Bawa beristighafar atau mengucap berulang kali.
* Baca mana-mana ayat al-Quran yang kita tahu terutama
surah an-Nas
* Ambil wuduk (jika mampu)
* Solat sunat (jika perlu)

Untuk menenangkan hati, maafkanlah kesalahan orang lain.. mungkin dengan cara ini, perasaan marah akan berkurang..

seperti mana dalam surah AN-NUR ayat 22 menyatakan :

" Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka mema'afkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang "

renung-renungkan dan selamat beramal

p/s : lnda maafkan kesalahan awak.. tapi tolong janji dengan lnda ye..

Saturday, February 27

seandainya dia bukan milikku...



Ya Allah,
jika dia benar untukku,
dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
jika dia bukan milikku,
damaikan hatiku dengan ketentuan-Mu..

salam..
kali ni nk bercerita pasal seandainya kekasih hati bukan jodoh kita..
erk, isu diri sndiri ke ni?? eyh, nak kata tak.. mungkin la kot.. hihik.. tak la jugak.. tapi just wanna to be prepared ma.. kot2 la kan dis situation hapen to me..

cam yang kita tahu, apa yang kita harapkan tak semestinya kita akan dapat.. apa yang kita impikan tak semestinya kita mampu untuk memiliki..

pas solat isyak tadi, berteleku atas tikar sejadah.. sempat berfikir, apa yang harus aku lakukan seandainya dia bukan jodohku.. mampukah aku hadapi semua ini..

alamak.. entri versi emosional lak..


lagi satu.. sempat lagi berperasaan seperti ini..

sakitnya hati bila orang yang kita amat sayang bersama perempuan / lelaki lain.. kenapa mesti ada hubungan lain seperti itu?? kenapa?? aku
sedih.. fikiranku bercelaru..
ahhh, tidak...!!! kenapa semua ni patut terjadi.. apa yang harus aku lakukan..


maaf, saya bercakap bagi pihak perempuan.. hati kami terlalu rapuh.. bila ini terjadi, mungkin apa yang kami dapat rasakan bahawa lelaki penipu.. penipu..!!!

pada saya, dalam suatu perhubungan itu, kejujuran amat penting.... setiap pasangan itu harus jujur dan saling mempercayai antara satu sama lain.. itu merupakan kunci kepada kebahagian dalam suatu perhubungan.. selain tu, mesti kena ada tolak ansur..

pada kaum Adam diluar sana... janganlah mainkan hati si Hawa.. bila hati si Hawa sudah ikhlas menerima, I'Allah, sampai bila-bila akan terus setia..
tapi bila sekali hati si hawa kecewa.. kadangkala susah tuk mengubati sakit hatinya.. seandainya itu berlaku, usahalah.. andai dia benar2 istimewa bagi diri anda, hati si hawa perlu diraih kembali.. pujuklah hatinya..
andai perlu, bersemukalah untuk menjernihka suasana, jangan takut mencemar duli untuk meminta maaf.. pintakan sebanyak mana pun, pohonlah sebanyak mana pun.. jangan ego tak bertempat.. I'Allah..

Tuesday, February 23

masa


Masa berjalan begitu laju

Tidak pernah berhenti walaupun sedetik
Ertinya detik umur kita meninggalkan kita
Kalau begitu setiap detik umur kita berkurang
Tapi kita tidak terasa
Setiap detik dunia meninggalkan kita jauh
Setiap detik pula akhirat mendekati kita
Kalaulah kita cintakan dunia
Apa yang kita cinta makin jauh terpisah
Sedangkan Tuhan dan akhirat
Tidak pernah kita cinta, makin dekat
Alangkah terseksanya jiwa
Meninggalkan apa yang disuka dan dicintai
Bertambah terseksa lagi yang dihadapan kita
Tidak pernah kita cinta
Ertinya kita pergi ke akhirat tidak membawa apa-apa
Yang kita cinta hendak ditinggalkan
Yang tidak cinta akan berhadapan
Aduh! Dua kali penderitaan
Meninggalkan yang kita cinta
Hendak bertemu dengan yang tidak kita cinta
Ingatlah roda umur kita makin laju ke hadapan
Dunia dan yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan
Tidak terfikirkah oleh kita
Apakah yang hendak kita bersama
Untuk satu kehidupan yang begitu lama"

"ALLAH did not promise that life would be easy,but ALLAH did promise to go with you..every step of your life,with ALLAH by your side."